Berita
“Suami Isteri Tu Tak Semestinya Bersependapat, Tapi...”- Faralyna Idris
Pelakon Faralyna Idris akui dalam rumah tangga, suami dan isteri tidak selalunya bersependapat.
Namun apa yang penting, suami isteri itu pasti tidak pernah berputus asa dengan pasangan masing-masing
“Sepasang suami isteri tu tak semestinya selalu sependapat. Ada masanya mereka tidak bersetuju ke atas satu perkara.
“Tapi, ada satu perkara yang kita suami isteri mesti sama-sama setuju! To never, never give up on each other,” tulisnya.
Faralyna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Faralyna memuat naik fotonya bersama suami, Muhammad Fikri Abdullah.
Faralyna berharap hubungannya bersama suami kekal bahagia hingga akhir hayat.
“Semoga Allah panjangkan usia kita, pelihara hubungan kita sebagai sepasang suami isteri, kekalkan kita bersama sehingga akhir hayat kita,” pintanya.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Fikri pada Disember 2014.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Fira Anggun, 5, dan Fira Ayu, 2 tahun.