Suami Jalani Pembedahan, Mila Jirin Mengalir Air Mata Risau -"Perasaan Seorang Isteri Tu Lain"
ZULHILMI JALIL
23/12/2020 00:43 MYT
23/12/2020 00:43 MYT
Penyanyi Mila Jirin memaklumkan bahawa suaminya, Isz Mustapha terpaksa menjalani prosedur pembedahan arthroscopy semalam.
Menurut Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 33, pembedahan tersebut dilakukan bagi merawat masalah pada bahagian bahu suaminya sehingga menyukarkan pergerakan tangan.
"Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila jumpa doktor, katanya otot pada bahu koyak dan ada masalah pada tulang. Saya pun tak berapa faham sangat.
"Sebab itu suami tak boleh angkat tangan lurus ke atas. Kalau tersalah pusing akan sakit. Jadi, doktor buat keputusan untuk lakukan pembedahan," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam hantaran tersebut Mila yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 hari ini dilihat mengalirkan air mata ekoran sebak mengenangkan suaminya itu yang perlu dibedah.
"Doktor cakap bukan pembedahan major, minor sahaja. Tapi ya lah, perasaan seorang isteri itu lain. Kita nampak suami kita naik katil pergi dewan pembedahan pun dah rasa lain.
"Esok (hari ini) ulang tahun kelahiran saya. Saya berdoa kepada Allah, saya tak nak apa-apa, saya cuma minta Allah beri kesihatan baik kepada suami saya, itu sahaja," katanya.
Mila mendirikan rumah tangga dengan Isz Mustapha pada November 2015.
Pasangan itu dikurniakan anak Mohd. Arif Zikri yang kini berusia tiga tahun.