Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suami Kerja Offshore, Wanita Ini Terlanjur Dengan Bapa Mentua Sampai Ketagih

Gempak
15/07/2024 18:55 MYT
Seorang wanita meraih perhatian netizen gara-gara sebuah pengakuan yang dikongsikan di platform X baru-baru ini.

Menerusi pengakuan tanpa nama yang dikongsi semula di akaun @twtsecretsmy, wanita tersebut mendedahkan yang perbuatan terkutuk itu berlaku selepas ibu mentuanya meninggal dunia, sementara si suami bekerja offshore.

Terlanjur dengan bapa mentua

“Saya perempuan usia 25 tahun dan suami bekerja offshore. Sudah dua tahun berkahwin tetapi ia long distance dengan suami. Saya tak rapat sangat dengan mentua sehingga tahun lepas. Saya mula jaga rumah selepas mak mentua meninggal dunia. Saya tolong masak dan jaga rumah. Saya selalu seorang di rumah dan selalu singgah ke rumah mentua untuk tolong. Rumah tu hanya ada bapa mentua dan adik bongsu suami.



“Beberapa bulan lalu saya tinggal selama seminggu di sana sebab ayah mentua jatuh sakit, dan adik ipar tinggal dia universiti dia. Saya terlanjur dengan bapa mentua dan saya rasa teruk sangat lepas tu. Tapi saya tak menyesal. Sejak tu, saya tak boleh lupakan apa yang terjadi. Saya sayang dengan suami tetapi ayah mentua hebat di ranjang dan memang jaga saya elok ketika saya di sana,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Didakwa Kahwin Senyap-Senyap, Isteri Dah Hamil Anak Luar Nikah?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Budak Lelaki 6 Tahun Keluarkan Alat Sulit Depan Kawan, Rupa-Rupanya Tiru Aksi Ranjang Ibu Bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Babak Ranjang, Riena Diana Terima Mesej Lucah - “Takkan La Saya Nak Malukan Ibu Bapa Dengan Buat Benda Macam itu!”

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Gagal Goda Suami Untuk Ke Ranjang? Ini Tip Buat Isteri Pancing Hati Encik Abang

Wanita itu menambah, ketika suaminya pulang bercuti raya haji, hubungan intim yang dilakukan tidak sehebat dia bersama bapa mentua.

“Selepas suami pulang semula kerja, saya tidur dengan bapa mentua beberapa kali. Saya tak tahu apa masalahnya dengan diri saya, dan benda ni nak kawal, tapi sangat susah nak kawal benda dalam kepala.

“Saya berasa bersalah sangat nak bersemuka dengan suami tetapi perasaan saya ketika bersama bapa mentua sangat menakjubkan. Saya berasa terperangkap dan tertekan ketika saya berseorangan.

“Adakah normal untuk mencintai dua lelaki dalam masa sama? Kadang-kadang rasa macam nak tinggalkan suami saya untuk bapa mentua tetapi itu sangat tidak masuk akal. Saya rasa saya dalam perjalanan yang tiada jalan pulang,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ada yang mencadangkan supaya bertaubat sementara ada yang mengingatkan yang wanita itu tidak mungkin boleh bersama dengan bapa mentuanya sungguhpun sudah bercerai bersama suami.





Sumber: Platform X
Foto: Wallpapers.com

#Bapa Mentua #Terlanjur #Offshore
;