HIBURAN
Suami Kiah Propa Meninggal Dunia - "Tak Tahu Nak Bawa Ke Mana Hati Ini, Tak Tahu Nak Bersandar Dengan Siapa ..."
Pelakon, Kiah Propa berkongsi khabar duka bahawa suaminya, Mohamad Nazri Ismail, meninggal dunia.
Meninggal dunia di IKN
Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik sendiri oleh Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil menerusi hantaran terbaharu di Instagram."Arwah akan dikebumikan di Saujana Utama, Sungai Buloh sebelum Zohor," tulisnya."Mohamad Nazri Ismail, suami saya, baharu sahaja meninggal dunia di IKN Putrajaya.
Luahan sayu Kiah terhadap suami
Dalam pada itu, Kiah juga membuat luahan menyentuh hati sebelum pemergian suami tercinta.Kiah meluahkan rasa sebak dan mengakui tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hari-hari yang mendatang selepas pemergian insan tersayang.
โSiapkan babah baju, mandikan babah, gantikan cadar, basuhkan luar dalam, dia dah wangi sapu minyak panas, pakai pampers, pakai baju baru siap semua baru balik.โTak tahu nak bawa ke mana hati iniโฆ Tak tahu nak bersandar dengan siapaโฆ Sayu rasa hati malam raya aku dan anak-anak di IKN Putrajaya.
โSelamat hari raya babahโฆ Inilah raya pertama setelah kita berpisahโฆโ coretnya
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya mengucapkan takziah kepada Kiah sekeluarga.
Antaranya daripada Elly Mazlein, Sharifah Shahirah dan Salina Salibi.
Terdahulu kisah perkahwinan Kiah Propa yang kembali menjadi isteri kepada bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail telah menyentuh hati ramai pihak.
Untuk rekod, Kiah menerima kembali suaminya dalam keadaan Nazri bertarung kanser tahap empat paling aktif.
Sekadar info, Kiah dan Nazri pernah berkahwin 2011 dan bercerai beberapa tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang puteri.
Kiah Propa sebelum ini telat menamatkan kembali zaman solo apabila sah bernikah semula dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan.
Malah, menurut wanita itu, dia sendiri yang melamar suaminya demi memberikan sokongan dan semangat.
Kiah berkata, perkahwinan ini juga bagi mengelakkan fitnah selain memudahkan dirinya untuk menguruskan suami.
Must-Watch Video