Suami Kongsi Video Hannah Delisha, Netizen Tak Puas Tengok - "Kejap Sangat Sampai Kena Tengok Banyak Kali"

Zulaikha Yusof
Mac 26, 2021 00:28 MYT
Kisah pelakon dan penyanyi Hannah Delisha, 25, dan ibunya Noor Ashikin Ahmad sudah reda apabila tidak ada lagi rantaian cerita yang timbul.
Terbaru, suami Hannah iaitu Imam Shah, 32, pula menarik perhatian ramai apabila ada memuat naik sebuah rakaman video pendek isterinya di laman Twitter.
Video yang tidak disertakan dengan audio itu menunjukkan Hannah memakai selendang berwarna ungu sambil tersenyum manis.
Biarpun hanya tiga saat, sudah lebih 400,000 yang menonton rakaman itu.

Haisss.. ? pic.twitter.com/iu7UPWeBVR

— imam shah (@imamemy) March 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di ruangan komen, rata-rata memuji kecantikkan Hannah yang tidak jemu mata memandang.
"Hannah ni cantik dia aku tak tahu nak describe macam mana.
"Aku punya cair tahap comel dia bukan biasa-biasa. Bawa bertenang, isteri orang dah.
"Subhanallah cantik betul.
"Haihh cantiknya bidadari ini.
"Kejap sangat sampai kena tengok banyak kali. Cantik," antara komen-komen ditulis.
Hasil pemerhatian Gempak, kali terakhir Imam memuat naik posting mengenai pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch adalah pada 27 Oktober 2017.
"Ucapan selamat ulang tahun kepada wanita yang paling manis dan baik yang saya pernah kenal. Here's to more success, love and joy," tulisnya.
Terdahulu, Hannah mengejutkan ramai orang apabila berkongsi foto perkahwinannya dengan aktor Singapura pada 18 Februari lalu.
Nama pelantun lagu Anugerah ini mula terpalit dengan kontroversi panas selepas ibu kandungnya sendiri tampil memberi bayangan bahawa perkahwinan itu tidak direstui.
Diikuti pula dengan tarikh perkahwinan yang menjadi isu selepas foto pelakon Eleena Sui duduk di pelamin seakan mirip dengan Hannah namun tarikh dikongsi adalah pada 19 Februari 2020.
Hannah tampil memuat naik kenyataan di Instagram Stories untuk meleraikan persoalan yang timbul mengenainya.
#Hannah Delisha #Imam Shah