Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suami Ku Bekas Suami Mu… Wanita Ini Terpaksa Tinggal Serumah Dengan Bekas Isteri Suaminya

Izwan Isa
22/10/2023 03:50 MYT
Macam-macam hal! Seorang wanita di wilayah Jiangsu, China berkongsi cerita aneh apabila dia mengakui terpaksa tinggal serumah dengan bekas isteri kepada suaminya selepas dia mendirikan rumah tangga.

Menerusi laporan Thaiger, bekas isteri suaminya itu tinggal di tingkat satu, manakala dia dan suami pula mendiami tingkat dua.

Hubungan wanita berkenaan dengan bekas isteri suaminya baik dan bekas pasangan suami isteri kadang-kala berbual di rumah mereka.

Wanita itu pada awalnya agak sukar untuk menerima situasi yang dialaminya sekarang.

Pada mulanya, dia berasa sukar menerima situasi yang dilaluinya sekarang. Menurutnya, seorang bekas isteri perlulah berjauhan daripada bekas suaminya.

Begitupun, wanita itu akur kerana dirinya tidak mempunyai pendapatan sendiri dan bergantung pada suaminya.

Punca di sebalik kejadian itu adalah komplikasi selepas perceraian.

Bekas pasangan suami isteri itu bersetuju untuk membahagikan rumah tersebut di mana lelaki itu mendapat tingkat dua, manakala tingkat satu milik bekas isterinya.

Mereka juga mengambil kira perasaan dua anak mereka yang boleh hidup aman tanpa gangguan.

BACA: Nasi Goreng Ikan Masin Hidangan Pertama Dahlia Rizal Untuk Suami​

#Suami #Isteri
;