Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suami Lesti Kejora Akan Sewa Seluruh Tingkat Wad Bersalin Demi…

Maliah Surip
12/12/2021 02:50 MYT
Pasangan pelakon Rizky Billar dan Lesti Kejora sedang menanti hari bahagia menjadi ibu dan bapa.

Lesti yang juga seorang penyanyi dangdut terkenal Indonesia tersebut diketahui sudah melewati usia tujuh bulan hamil.

Dalam satu temu bual bersama YouTube Intens Investigasi baru baru ini, Rizky berbicara mengenai perancangan untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Antara yang dititikberatkan oleh pasangan ini adalah mengenai wad bersalin Lesti. Menurut Rizky, demi keselesaan isterinya, dia merancang menyewa seluruh tingkat wad bersalin di sebuah hospital saat Lesti melahirkan.

"Saya sudah tanya-tanya, apakah bisa booking seluruh tingkat. Ya mudah-mudahan dapat (seluruh tingkat)," kata Rizky Billar dipetik dari Kompas.com.

Rizky kemudian menjelaskan selain demi memastikan keselesaan buat Lesti, dia menjangkakan akan menerima ramai tetamu selepas isterinya selamat melahirkan calon cahayamata yang digelar Baby L.

"Mungkin kerana kita memikirkan akan ada banyak tetamu datang nantinya," katanya lagi

Sementara itu, pasangan ini berkongsi telah mempersiapkan sebuah bilik untuk anak mereka. Sehingga kini mereka masih mencari barang barang untuk dekorasi bilik bayi yang akan menyerikan kehidupan mereka.

Mengikut perkiraan, Lesti mungkin akan melahirkan anaknya antara akhir Januari atau awal Februari 2022.

Rizky berharap, anak pertamanya itu lahir pada tanggal cantik iaitu 2-2-2022.

"Mudah-mudahan kalau memang Allah mengizinkan. Saya mahu tanggal 2 Februari 2022," ucap Rizky.

Instagram: @lestikejora

#Hamil #Dangdut #Indonesia #hospital #“Anak” #“Lesti #“Rizky #Billar” #Kejora”
;