HIBURAN
Suami Luna Maya Malu Kongsi Kisah Malam Pertama Selepas Nikah
Luna Maya dan Maxime Bouttier sedang menikmati fasa bahagia sebagai suami isteri selepas selamat menikah pada 7 Mei lalu.
Melangsungkan pernikahan di Bali, Maxime baru-baru ini berkongsi tentang momen malam pertama mereka.
Perkongsian tersebut dibuat sewaktu Maxime sedang bersiap untuk menjalani resepsi mereka usai majlis nikah sebelumnya.
“Bagaimana malam pertama?," tanya seorang kru yang merakam video Luna dan Maxime seperti dilaporkan InsertLive menerusi konten daripada YouTube Luna Maya.
“Tak mungkin saya cerita dan kongsikan malam pertama kami,” jawab Maxime.
Aktor itu kemudian tetap berkongsi tentang momen malam pertama bersama Luna.
“Yang pastu kami terus tidur, terlalu penat dan mengantuk,” jawab lelaki berusia 31 tahun tersebut.
Meski baru menjadi suami isteri, Luna dan Maxime juga diketahui belum sempat berbulan madu kerana telah kembali aktif bekerja.
Sebelumnya majlis perkahwinan pasangan yang berbeza usia 10 tahun itu mendapat perhatian masyarakat dengan menyifatkan ia sebagai majlis perkahwinan impian atau dream wedding.
Majlis mereka juga dipenuhi dengan kehadiran selebriti terkenal Indonesia.