Viral
Suami Meninggal Dunia Selepas Hilang 2 Minit Dari Pandangan, "Lemah Kaki Bila Nampak Dia Terbaring Atas Jalan ..."
Balu kepada seorang penunggang motosikal yang maut selepas terlibat dalam sebuah kemalangan, Dalila Zolkofli berkongsi detik terakhir sebelum kejadian menyayat hati berlaku.
Menurut Dalila, arwah suaminya, Faizal Gani sudah lama mengimpikan untuk mempunyai sebuah motosikal berkuasa besar bagi memudahkan dia pergi bekerja.
Pada hari kejadian iaitu 10 Julai lalu, arwah terlampau gembira sehinggakan sanggup mengambil cuti demi motosikal idaman.
"Dia minat sangat motosikal ni dari sebelum kahwin lagi. Hari-hari tengok gambar motosikal, siap buat wallpaper lagi (selang seli dengan gambar kahwin).
"Katanya dah lama cari motosikal macamni. Body besar tapi slow. Idaman sangat.
"Dia pernah berkata, "kalau la abang dapat motosikal ni, hidup abang dah sempurna sangat. Semua cukup. Dengan ada rumah selesa, isteri baik dan cantik tambah motosikal baru senang pergi kerja. Abang tak perlu apa-apa dah lepas ni.
"Tapi masih teragak-agak. Perlu ke tak eh abang beli motosikal ni? Tapi ni keperluan ni sebab motosikal lama dah rosak, bahaya ulang alik kerja.
"Oklah macamni, kalau penjual tu letak harga sekian, kira ni rezeki abang, abang ambik terus. Kalau tak dapat harga ni, abang tak payah beli lah. Dia tanya dan jawab sendiri. Kita dengar je hehe.
"Alhamdulillah benda dah tertulis, hari Selasa penjual ni confirm harga. Jadi motosikal ni rezeki dia. Tapi orang tu cakap boleh ambik hari Jumaat.
"Sejak haritu, Jumaat berapa hari lagi eh sayang? Harini hari apa? Jumaat dua hari lagi kan? Satu dua...Ok Jumaat dua hari lagi. Esok Jumaat kan, abang dah ambik cuti ni urus motosikal.
"Tak berenti cakap pasal Jumaat. Teruja sangat dia. Aku pun selalu usik cecececece motosikal baru. Seronok tengok dia senyum sampai telinga. Hee.
"Masa ni aku tau dia gembira gila. Mesti renyih tak berhenti tu. Tak sabar nak sampai rumah nak usik dia. Harap kat bawah helmet tu, dia ada la pandangan sepintas lalu sikit ke sini ye, sebab ni kali terakhir bertentangan mata dengan dia," kongsi di Facebook.
Dalila yang menemani suaminya itu mengekori rapat dari belakang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Walaubagaimanapun, malang tidak berbau. Kurang dari dua minit, dia melihat suaminya terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah.
"Memang aku ikut rapat je. Aku risau. Taktau kenapa nak risau padahal bukan kali pertama dia bawak motosikal. Tapi entahlah. Alang-alang tu record la dia dari belakang sebab perlahan sangat bawa.
"Serius sampai ada terdetik, kalau aku bawa kereta betul-betul belakang dia selamat sikit sebab boleh jaga jarak dia dengan kereta lain. Haa sampai macamtu punya over thinking.
"Aku menyaksikan yang dia memang betul-betul bawa perlahan. And ini adalah video terakhir sebelum kitorang masuk jalan yang sibuk. Jadi kereta agak perlahan.
"Jadi motosikal menyelit ke depan. Tiba-tiba kereta dari perlahan terus sesak. Kurang dari 2 minit saya nampak orang angkat motosikal. Allahu ni macam motosikal dia, minta-minta orang lain.
"Gugur jantung. Lemah kaki bila nampak dia terbaring atas jalan. Park kereta, terus lari sekuat hati tengah jalan sambil meraung. Macam drama.
"Sabar puan. Istighfar banyak-banyak. Bagitau keluarga lain, bagitau mak dia. Puan kena ajar dia mengucap ni. Puan bisik nama Allah kat telinga dia.
"Puan ada kain apa-apa tak, pendarahan banyak ni. Compress dulu sementara tunggu ambulan. Puan saya dari insuran..Puan saya pemilik kereta yang langgar dia..Tidak berakhir dengan puan puan. Saya tak boleh bernafas," tulisnya lagi.
Tambah Dalila, dia reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah walaupun terlalu cepat untuk dihadam.
Namun, Dalila agak terkilan dengan sikap pemandu yang melanggar suaminya kerana tidak memohon maaf tetapi hanya menghantar sticker surah Al-Fatihah menerusi kiriman WhatsApp.
"Terlalu cepat. Selepas 24 jam, aku kena terima kenyataan yang dia dah tiada. Setakat ni ja jodoh kami. Semoga kembali berjodoh di syurga.
"Mungkin ada kehidupan yang lebih baik di sana, dengan anak-anak yang kita tak sempat miliki kat dunia ni. Mungkin.
"Tiada ada perkataan yang boleh ungkap. Saya terlampau rindukan dia. Sangat. Rindu yang tiada penghujung. Allah.
"Sementara itu, pemilik kereta yang langgar dia. Terima kasih kerana tanya. Tapi balas dengan sticker ja!??Sedikit pun tiada maaf? Aku hilang hidup aku kot," luah Dalila.