Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suami Minum Racun Lepas Tikam Isteri 2 Kali Gara-Gara Selisih Faham

Gempak
11/08/2024 00:55 MYT
Seorang suami tergamak menikam isterinya di bahagian rusuk kiri dengan pisau selepas berlaku selisih faham antara mereka dalam kejadian di sebuah rumah flat di Bahau, Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jempol,Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan polis pada jam 9.30 pagi daripada seorang lelaki mengenai kejadian membabitkan kakaknya.

Tikam isteri

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku lebih kurang jam 8 pagi melibatkan mangsa berumur 30 tahun dan suspek berusia 32 tahun yang merupakan suaminya.

"Suspek telah mengambil tindakan menikam mangsa pada bahagian rusuk kiri dengan menggunakan sebilah pisau sebanyak dua kali. Punca kejadian berlaku selepas kedua-duanya berselisih faham," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman Mati Awari Bunuh, Rogol Jururawat Depan Anak 9 Tahun Lepas Digantikan Penjara 40 Tahun

​ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Jawab Soalan Telur Atau Ayam Yang Wujud Dahulu, Lelaki Ini Dibunuh Rakannya

​ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie Upah Pembunuh Bunuh Dirinya: “Dia Beri Saya Masa Dua Bulan…”

​ARTIKEL BERKAITAN: #FailJenayah: Pembunuhan Kejam Along Spoon, Mayat Disumbat Dalam Guni & Pembunuh Bebas Selepas Penjara 33 Tahun

​ARTIKEL BERKAITAN: FBI Sahkan Telinga Trump Memang Terkena Peluru Semasa Cubaan Bunuh

Ujarnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan kini masih ditahan wad untuk rawatan lanjut.

"Pada jam 2.30 petang hari sama, pihak polis menerima makluman daripada kakak suspek yang memberitahu bahawa suspek berada di kebun durian di Jelebu.

"Suspek bertindak minum racun dan telah dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan serta pemerhatian lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya. Jika sabit kesalahan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun, denda atau sebat," katanya.

Sumber: Sinar Harian

#Salah Faham #Suami minum racun #Suami tikam isteri