Hiburan

"Suami Nak Dengar Saya Nyanyi Lagu Seperti Dayang Nurfaizah" - Kak Ani

gempak
Amri Hassan
16/01/2020
02:45 MYT
Sponsor Banner
"Suami Nak Dengar Saya Nyanyi Lagu Seperti Dayang Nurfaizah" - Kak Ani
Suami kepada ratu irama Malaysia Noraniza Idris, Jeffri Hudi mengakui teringin untuk mendengar isterinya menyanyikan lagu-lagu pop balada seperti Dayang Nurfaizah.
Dedah Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani, dia bagaimanapun risau seandainya suaranya yang sudah terbiasa menyanyi lagu berlenggok masih mampu menyanyikan lagu seumpamanya.
"Lagu pop dan balada sebenarnya pemintaan suami, jika boleh dia mahu saya menyanyikan lagu-lagu sedemikian.
"Tetapi saya sudah terbiasa dengan lagu lenggok, nak menyanyi lagu yang sebegitu tak tahu mampu lagi atau tidak.
"Dia pula nak lagu macam Dayang Nurfaizah... Nanti tak pasal-pasal jadi lagu irama asli pula," katanya kepada Gempak.
Kak Ani yang ditemui selepas Konsert VM2020 di Istana Budaya baru-baru ini memberitahu antara lagu pop kegemaran suaminya ialah Mengemis Rindu yang pernah dihasilkan sekitar tahun 1987.
Dalam pada itu, Kak Ani yang sibuk dengan persiapan konsert pada September nanti akui teringin untuk menghasilkan lagu baru sempena acara terbabit.
"Suami saya tengah usahakan tetapi tak tahu nak salur kemana nanti sekiranya ada lagu irama tradisional.
"Radio seorang pun nak dengar lagu-lagu muda dan komersial sahaja.
"Tetapi semestinya untuk konsert itu nanti perlu ada sesuatu yang baru dari saya," tambahnya.
Kak Ani akan mengadakan konsert di Istana Budaya pada pertengahan September 2020 sempena Hari Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live