Suami Pelanggan Ditahan Polis, Pukul Penghantar Makanan Guna Tukul Besi
Awani
23/04/2021 00:20 MYT
23/04/2021 00:20 MYT
Seorang penghantar makan cedera dipercayai dipukul dengan penukul besi oleh suami pelanggannya di pekarangan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata mangsa yang berusia 40 tahun menerima sembilan jahitan di kepala akibat kejadian itu.
Katanya, susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek berusia 31 tahun yang juga seorang penganggur, pada Rabu malam.
Turut dirampas adalah senjata yang dipercayai digunakannya dalam kejadian itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa menghantar makanan yang ditempah seorang wanita pada jam 4.10 petang.
"Siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek berkaitan penghantaran makanan.
"Mangsa menunggu isteri suspek untuk menyerahkan makanan yang ditempah dalam tempoh yang agak lama, dan hanya berjaya menyerahkannya selepas beberapa kali membuat pangilan telefon.
"Bagaimanapun selepas 20 minit, mangsa dihubungi oleh suami wanita tersebut yang mengatakan ingin memulangkan semula makanan ditempah itu."
"Suspek kemudian menuduh mangsa memarahi isterinya berkaitan penghantaran makanan sebelum memukul kepala mangsa dengan menggunakan penukul besi," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek direman tiga hari sehingga 24 April untuk membantu siasatan.