HIBURAN
Suami Puji, Syukur Dikurniakan Isteri Seperti Atikah Suhaime - “Tak Pernah Minta Duit, Dia Jenis Lurus & Ikhlas”
Usahawan, Datuk Lokman Teh meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik hati seperti pelakon, Datin Atikah Suhaime.
Tak pernah minta duit
Lokman menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads menyatakan bahawa Atikah sama sekali tidak pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya sebaliknya memiliki pelbagai kebaikan.Malah kata Lokman, Atikah merupakan seorang wanita yang jujur dan ikhlas dalam menjaga keluarga kecik mereka.
“Saya ingat tak akan dapat jumpa wanita seperti ini tapi Alhamdulillah jumpa juga. Tiada siapa pun yang sempurna tetapi pada saya hatinya sangat suci,” tulisnya.“Sebenarnya Atikah tidak pernah meminta saya atau keluarga saya duit, atau benda-benda lain.Dia jenis lurus dan ikhlas, itu yang keluarga saya akan beri apa sahaja bentuk sokongan kepada Atikah.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen memuji keperibadianAtikah yang disifatkan sebagai seorang wanita sempurna.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar rumah tangga Lokman dan Atikah kekal hingga akhir hayat.
ARTIKEL BERKAITAN:“Makan Tempat Mewah, Main Golf…” Atikah Suhaime Kongsi Tips Jumpa Suami Kaya
ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime Nasihat, Tak Perlu Ambil Produk Kurus - “Kalau Tak Ada Duit Pergi Gym, Naik Bukit Pun Jadi”
ARTIKEL BERKAITAN:“Ini Bukti Saya Memang Dagu Runcing Natural” – Kongsi Foto Puteri Sulung, Atikah Suhaime Nafi Jalani Prosedur Kecantikan Ketika Hamil
ARTIKEL BERKAITAN:Rasa Anak Lebih Sayang Pengasuh, Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman ‘Baby Blues’ - “Bila Saya Jaga, Dia Nangis…”
ARTIKEL BERKAITAN:Atikah Suhaime Kongsi Detik ‘Meneran’ Waktu Bersalin - “Hampir Putus Asa, Saya Ingat Lyla Mulan Tak Boleh Keluar”
Untuk info, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga dengan Lokman pada 21 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu.
Must-Watch Video