Aktres jelita Puteri Aishah tidak menyangka suaminya, Muhammad Firdaus Sulaiman menerima tawaran untuk sesi fotografi bersamanya untuk satu jenama pakaian bersempena Aidilfitri.
Menurut Puteri, permintaan pihak jenama terbabit yang meminta dia membawa suaminya bersama bagi menjayakan sesi fotografi tersebut cukup mengejutkan malah pada masa yang sama mengujakan.
“Baru-baru ini, saya ada kolaborasi dengan satu jenama untuk pakaian Aidilfitri.
"Pihak jenama itu meminta saya untuk bawa suami bersama dan itu adalah kali pertama suami saya terbabit sama dalam sesi fotografi begitu.
“Itu untuk fotografi raya macam tu je la dan itulah juga job pertama saya buat bersama suami," katanya ketika ditemubual.
Puteri ditemui di majlis pelancaran produk wangian, InFlorescence Aromatherapy Room Spray hasil kolaborasinya dengan jenama Plant Origins yang diadakan di Bo Dining, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, Puteri juga mendedahkan suaminya bukan seseorang yang sukakan populariti jika diminta untuk berlakon dalam mana-mana drama.
"Saya dah pernah tanya kalau dia nak cuba berlakon, tapi menurutnya, dia tak berminat. Jadi, memang dia takkan berlakon.
“Tapi untuk drama belum kot takut nanti dia kayu, saya yang segan. Dia tak biasa lagi kan,” jelas Puteri lagi.
Untuk rekod, pasangan Puteri dan Firdaus berumah tangga pada 21 November 2021.
Azwa Rahman
Wed Apr 20 2022

![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Bero Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.
![[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah [VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(26).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Bahagia Saya Memang Awak, Cuma Saya Bo*oh…” – Sera Kongsi Perbualan Lama Shuk Ingin Berubah
Rossa Sera wanita kuat

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine!

Danial Zaini Sah Bergelar Suami Kepada Yasmine, Beri Wang Hantaran RM17,777.77
Tahniah Danial dan Yasmine
.jpg?ext=.jpg)
Welcome To The World Talita Love, Raja Ilya Selamat Melahirkan Anak
Tahniah Raja Ilya

“Satu Tong Najis, Share, Tiada Penghadang” - Bebas, Emilia Hanafi Kongsi Pengalaman Perit Dalam Penjara
Semoga dipermudahkan.

Layan Perangai Mak Cik-Mak Cik Lucu, Tiga Janda Melawan Dunia Dah Masuk Astro First!
Layan ulang-ulang sampai puas!

Mystery Ranking Show Malaysia Kapsul - EP7
Jom kita tengok apa persiapan di sebalik tema hari ini, iaitu Siapa paling banyak menang pertandingan seni bela diri! Bukan senang tau nak tipu juri-juri kita yang hebat. Jenuh nak pusing. Jom layan! #MysteryRankingShowMalaysia

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.