Pelakon Yatt Hamzah berkongsi beberapa tips rumah tangga buat pasangan suami isteri untuk mengeratkan lagi hubungan sesebuah kekeluargaan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Yatt berkongsi beberapa tips untuk para suami menggembirakan hati isteri dengan perbuatan yang romantik tanpa berlandaskan wang atau hadiah yang mahal semata-mata.

"Antara tanda-tanda suami yang romantik ialah selalu buat isterinya tersenyum lebar sorang-sorang dan gelak besar hingga tutup mulut dan mata sepet macam ni. Betulkan, isteri-isteri solehah sekalian.

"Wahai suami-suami soleh sekalian, suami romantik tak semestinya yang belikan hadiah mahal, bagi bunga (walaupun kita memang harap suami selalu bagi bunga & coklat), buat romantik dinner atau suprise untuk kita.

"Romantik tak diukir dengan material semata-mata. Nabi SAW adalah contoh lelaki paling romantik. Baginda tidak memewahkan isteri-isteri kerana kehidupannya yang serba sederhana, tapi sifat dan keperibadian baginda sebagai suami amatlah disenangi dan membahagiakan isteri," tulisnya.

Antara tanda2 suami yg ROMANTIK ialah selalu buat isterinya tersenyum lebar sorang2 dan gelak besar hingga tutup mulut dan mata sepet mcm ni. Betulkan, isteri2 Solehah sekalian.. Haa meh lekas tag suami msg2. Bonda nak share ciri2 SUAMI ROMANTIK ni.. . Wahai suami2 Soleh sekalian, SUAMI ROMANTIK x semestinya yg belikan hadiah mahal, bg bunga (walaupun kita mmg harap suami selalu bg bunga & coklat?), buat romantic dinner atau suprise utk kita.. ROMANTIK x DIUKUR DG MATERIAL SEMATA2. NABI SAW adalah contoh LELAKI PLG ROMANTIK. Baginda tidak memewahkan isteri2 krn kehidupannya yg serba sederhana, tp sifat dan keperibadian baginda sbg suami amatlah disenangi dan membahagiakan isteri.❤️ . 11 Perbuatan yg membahagiakan ISTERI, tanda SUAMI ROMANTIK ; 1. PELUK 10 SAAT & CIUM ISTERI Sebelum keluar rumah, biasakan peluk isteri at least 10 saat (lg lama lg bagus) dan beri ciuman ikhlas. Kuasa pelukan & ciuman membuat isteri rasa dicintai. Lakukan setiap hari sekerap mungkin. 2. RAJIN2 WHATSAPP & TEKS ISTERI Jgn masa bercinta je rajin wasap, dm, teks isteri. Lepas dah bertahun2 kahwin kena lbh rajin. Tak perlu ayat cinta berbunga. Cukup dg yg simple, Hi syg, I ❤️ U. I Miss U. Dah cukup buat hati isteri berbunga2. Selitkan juga ikon2 & grafik2 comel buat isteri tersenyum simpul..☺️ 3. PANGGILAN MANJA Jgnlah sekadar panggil I you je. Selain SAYANG, panggillah isteri dg gelaran2 yg lebih kreatif dan menarik hati isteri spt ADINDA, MY QUEEN, JANTUNG HATIKU, BIDADARI, MANJA CINTA HATI, etc.. Pasti isteri cair dan happy.. Nabi SAW panggil Aisyah dg panggilan HUMAIRA' (Kemerah2an). ? 4. RAJIN2 BANTU ISTERI Ya mmg ada suami yg rajin bantu isteri. Tp lbh romantic jika sama2 bantu isteri bila dia memasak, cuci baju, cuci toilet, sidai baju, lipat kain.. Bisikkan kata2 cinta di telinganya dan selitkan lawak jenaka sikit. Mesti lg bersemangat dan hilang penat isteri buat kerja rumah. 5. SUAP ISTERI Rajin2lah suap isteri bila makan bersama, x kiralah di dlm atau luar rumah. Lbh sweet kalau makan dr pinggan isteri dan minum dr cawannya spt yg Nabi SAW buat. ? . Haa ni baru 5, kalau nak lg 6 tips, lekas TAG SUAMI & KOMEN NAK.. ?? @zulfadhli_khiruddin . #yattmengayat #bondaYHshare

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on


Menerusi entri tersebut juga Yatt telah berkongsi lima tips yang boleh dilakukan oleh para suami untuk membahagiakan hati isteri tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit.

"Perbuatan yang membahagiakan isteri, tanda suami romantik:

1. PELUK 10 SAAT & CIUM ISTERI - Sebelum keluar rumah, biasakan peluk isteri at least 10 saat (lagi lama lagi bagus) dan beri ciuman ikhlas. Kuasa pelukan & ciuman membuat isteri rasa dicintai. Lakukan setiap hari sekerap mungkin.

"2. RAJIN-RAJIN WHATSAPP & TEKS ISTERI- Jangan masa bercinta je rajin WhatsApp,
DM, teks isteri. Lepas dah bertahun-tahun kahwin kena lebih rajin. Tak perlu ayat cinta berbunga. Cukup dengan yang simple, Hi sayang, I love you. I Miss You. Dah cukup buat hati isteri berbunga-bunga. Selitkan juga ikon & grafik comel buat isteri tersenyum simpul.

"3. PANGGILAN MANJA - Janganlah sekadar panggil I you je. Selain Sayang, panggillah isteri dengan gelaran-gelaran yang lebih kreatif dan menarik hati isteri seperti ADINDA, MY QUEEN, JANTUNG HATIKU, BIDADARI, MANJA CINTA HATI, etc. Pasti isteri cair dan happy. Nabi SAW panggil Aisyah dengan panggilan HUMAIRA' (Kemerah-merahan).

"4. RAJIN BANTU ISTERI - Ya memang ada suami yang rajin bantu isteri. Tapi lebih romantic jika sama-sama bantu isteri bila dia memasak, cuci baju, cuci toilet, sidai baju, lipat kain. Bisikkan kata-kata cinta di telinganya dan selitkan lawak jenaka sikit. Mesti lagi bersemangat dan hilang penat isteri buat kerja rumah.

"5. SUAP ISTERI - Rajin-rajinlah suap isteri bila makan bersama, tak kiralah di dalam atau luar rumah. Lebih sweet kalau makan dari pinggan isteri dan minum dari cawannya seperti yang Nabi SAW buat," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yatt dan mereka juga turun mendoakan kebahagiaan rumah tangganya bersama suami.

Yatt dan suami, Mohd Zulfadli disatukan pada 27 Februari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua anak yang diberi nama Suci Humaira Iqlima dan Suci Hayfaa Medina.

Yatt mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu iaitu Suci Hanania Malika.