Jutawan dan juga suami kepada aktres antarabangsa Salma Hayek, Francois-Henri Pinault telah berjanji untuk mendermakan wang sebanyak 100 juta Euro untuk proses pemulihan katedral Notre Dame di Paris selepas mengalami kebakaran pada malam Isnin.

Menurut sumber, Pinault telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan sumbangan itu untuk menyertai usaha membaiki semua kerosakan bangunan terbabit.

Pinault merupakan CEO untuk syarikat mewah iaitu Kering Group yang memiliki beberapa jenama fesyen gah antarabangsa seperti Gucci dan Yves Saint Laurent.

Dalam pada itu, presiden Perancis, Emmanuel Macaron juga telah mengeluarkan kenyataan untuk memulakan kempen pengutipan dana peringkat antarabangsa untuk memulihkan semula binaan kebanggaan kota Paris itu.

Seramai kira-kira 400 anggota bomba terlibat dalam kegiatan memadam kebakaran di kawasan kejadian.

Punca kebakaran masih belum diketahui dengan jelas, namun ada beberapa pihak yang mengatakan ia berkaitan dengan proses pemukiharaan yang sedang dijalankan di katedral itu.

Sumber : India Today & Astro Awani