HIBURAN
Suami Sanggup Teman Naik Tangga Gara-Gara Julia Farhana Ada Masalah ‘Klaustrofobia’ - “Sempit, Saya Takut…”
Mempunyai masalah ‘klaustrofobia’, pelakon Julia Farhana Marin lebih rela memilih untuk menaiki tangga berbanding lif berikutan perasaan takut yang dialaminya itu.
Naik tangga
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Julia memberitahu dia berasa kasihan melihat suami, Dr Che Muhammad Hafiz sanggup menaki tangga ke sebuah kediaman untuk menghadiri jemputan rumah terbuka.
“Kesian suami, isteri takut naik lif terpaksa naik tangga pergi rumah terbuka. Cuba teka berapa tingkat kami panjat? Sampai dekat rumah terbuka basah berpeluh.
“Saya cakap dekat suami naik sahaja lif sebab saya yang bermasalah dan biar saya sahaja yang selesaikannya tetapi dia tak mahu saya naik tangga seorang diri,” kongsinya.
Ramai orang
Menurut pelakon berusia 32 tahun ini, dia tidak ada masalah untuk menggunakan lif namun berasa takut dan risau apabila terlalu ramai menggunakannya.
“Saya tak takut naik lif tapi kalau penuh macam tin sardin. Tidak! Saya sanggup naik tangga. Sempit, saya takut. Tolonglah, sudah tahu penuh kenapa nak masuk lagi?
“Lif display pun sudah bertukar-tukar..’not in service’ dan ‘full’. Nanti kita naik tiba-tiba tersekat dalam tin sardin lagi. Tak mengapa, saya memilih tangga,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Membesar Di Australia, Julia Farhana Tak Pernah Merasa Sambut Hari Raya – “Bapa Saya Asal Itali, Ibu Pula Orang Sabah”
ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah Saya Akan Mati Dalam…” - Julia Farhana Kongsi Detik Cemas Alami Trauma Klaustrofobia Ketika Penggambaran
Sebelum ini, Julia pernah berkongsi detik cemas apabila dirinya hampir pitam akibat masalah klaustrofobia iaitu perasaan takut atau fobia ketika berada dalam ruangan sempit.
Cerita Julia atau Julia Farhana Marin, 31, ketika itu dia tergesa-gesa hendak ke surau tanpa menyedari dia memasuki lif bersendirian tanpa teman.
undefined