VIRAL
"Suami Tak Nak Cerai Ke?" - Syamimi Afrina Dihina Kerana Tanda Lahir di Dahi, Pilih Untuk Terus Tabah
Tanda lahir bukanlah satu kecacatan, dan ia juga bukan sesuatu yang wajar dijadikan bahan ejekan atau persoalan menyakitkan hati. Namun, realitinya masih ada dalam kalangan masyarakat yang kurang sensitif terhadap individu yang memiliki tanda lahir yang ketara, terutama di bahagian wajah.
Itulah pengalaman yang dikongsi oleh Syamimi Afrina, seorang wanita yang tular selepas tampil dalam satu video temu bual bersama KOOL 101.
Dalam video yang kini mendapat perhatian ramai di TikTok, Syamimi tampil penuh yakin dan positif, menjelaskan bahawa tanda lahir di dahinya adalah sebahagian daripada identiti, bukan satu kekurangan.
“Hanya sebab saya ada tanda lahir yang berbeza daripada orang lain, bukanlah tiket untuk orang tanya soalan yang tak sepatutnya,” tegasnya.
Menurut Syamimi, dia sering menerima pelbagai reaksi – ada yang memandang pelik, ada yang bertanya secara langsung tanpa memikirkan kesan emosi terhadap dirinya. Antara pengalaman paling menyentuh perasaannya berlaku ketika sedang bersiaran langsung di TikTok.
“Ada seorang mak cik tanya, ‘Suami tak nak cerai ke, ada tanda lahir dekat dahi?’ Saya terkejut sangat… macam mana dia boleh terfikir nak tanya begitu? Suami saya dah tahu tentang tanda lahir ini sejak sebelum kami kahwin lagi,” kongsinya.
Walaupun menerima komen sebegitu, Syamimi memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang meninggalkan komen jelik, sebaliknya terus bersabar.
“Buat masa sekarang, saya tak ambil apa-apa tindakan. Tapi ada juga yang DM minta maaf. Cuma, waktu mereka bercakap tentang saya, mereka tak fikir pun apa perasaan saya,” jelasnya.
Syamimi tekad untuk menjadi suara kepada golongan yang memiliki tanda lahir, agar masyarakat lebih memahami bahawa tanda lahir bukan satu kecacatan, sebaliknya sesuatu yang unik dan wajar diterima.
“Untuk mereka yang ada tanda lahir, dan ibu bapa yang ada anak sebegitu, saya tahu ia tak mudah. Tapi kita kena kuat dari segi mental. Saya harap satu hari nanti, tanda lahir tak lagi dianggap pelik,” katanya lagi.
undefined