Laman Utama
Suami Tangkap Isteri Tiduri Lelaki Lain Di Rumah Lepas Balik Kerja: “Seronok Ya Tidur Berdua?”
Apakah perasaan anda apabila pulang ke rumah selepas penat bekerja seharian tetapi dihidangkan dengan peristiwa yang tidak baik?
Marah dan tentu sekali kecewa. Itulah yang dirasakan oleh seorang suami yang pulang ke rumah selepas penat bekerja lalu menemui isterinya sedang lena tidur bersama lelaki lain.
Bukan hanya tidur berdua dengan lelaki yang tidak dikenali dalam bilik di kediaman mereka, ‘pasangan kekasih’ itu juga ditangkap dalam keadaan bogel.
Insiden tersebut dipercayai dirakam sendiri oleh lelaki tersebut sebelum menjadi tular selepas dikongsi oleh akaun Instagram @video_medsos. Ia dipercayai berlaku di Indonesia.
“Suami penat kerja, pulang ke rumah lihat isteri sedang asyik tidur dengan lelaki lain,” tulis keterangan pada kapsyen video yang dikongsikan, lapor Viva.co.id.
Tidak hanya itu, menerusi video yang beredar, si suami juga telah bersoal jawab dengan wanita yang dipercayai isterinya.
Dia antaranya bertanya sudah berapa kali wanita itu curang dan melakukan zina.
“Enak ya tidur berpeluk berdua, bogel, sedap kan? Sudah berapa kali,”soal lelaki tersebut,
Ia dijawab: “Baru sekali, jangan fikir bukan-bukan.”
Tidak terima dengan sikap keji yang dilakukan isterinya, sang suami tanpa berfikir panjang menceraikan wanita tersebut.
Selepas menceraikan wanita itu, lelaki tersebut mengatakan dia juga mengikhlaskan hubungan mantan isterinya dengan kekasih gelap.
Tindakan cerai yang dibuat lelaki tersebut disokong oleh netizen yang meninggalkan pelbagai komen.