Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”

Shahrin Zulkifle
20/03/2023 09:00 MYT

Drama Projek High Council telah mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan peminat dan penonton.

Biarpun sudah melabuhkan tirai selepas lengkap 10 episod ditayangkan, namun naskhah Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria ini terus mendapat perhatian ramai termasuk suami kepada pelakon Yana Samsudin, Fadzil Zahari.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Fadzil memuat naik satu foto yang memperlihatkan wajahnya disunting pada gambar dua pelakon drama tersebut iaitu Mierul Aiman dan Amir Ahnaf.

Gambar berkenaan merupakan cover G The Untold Story Gempak bagi edisi bulan Mac.

Pada perkongsian tersebut, Fadzil seakan mahu menjadi sebahagian daripada pelajar sekolah Kudrat dalam drama berkenaan.

Perkongsian itu sekali gus mencuri perhatian dan mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya.

“Yang belakang itu next Kapla setelah delay beberapa dekad ke? Haha,” komen seorang wargamaya.

“Nampak macam cerita bapa jaga anak dua orang hahaha,” usik seorang warganet.

“Yang belakang tu high tonsil ke?,” kata seorang netizen.

“Yang belakang sesuai jadi cikgu disiplin je dah,” komen seorang lagi wargamaya.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut menerima lebih 1000 tanda suka dan 300 komen.

#Naim Daniel #Nadhir Nasar #Mierul Aiman #Amir Ahnaf #Anwari Ashraf #High Council #Projek High Council #Zulaikha Zakaria