UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Suami Zehra Zambri Tampil Beri Kenyataan Isu Rumah Tangga - “Sudah Saya Tegaskan…”

Asyraf Roslan 17/02/2025 | 09:25 MYT

Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin, tampil memberikan kenyataan balas berhubung isu rumah tangga mereka yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Iqwan menyatakan bahawa dia sebelum ini telah meminta Zehra agar tidak mendedahkan isu peribadi mereka dan memberi fokous kepada persembahan di pentas Gegar Vaganza 11 (GV11).

“Saya sudah baca artikel tersebut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya khabar. Alhamdulillah, saya tenang dan sihat atas kehendak-Nya juga.

“Sudah saya tegaskan seusai minggu pertama, kisah lama jangan dicanang merata.

Biarkan bakat sahaja berbicara. Ada perkara lain yang saya tidak tahu? Jika ada, saya berhak tahu,” katanya menerusi IG Story pada Isnin.

Zehra Nafi Rumah Tangga Bergolak

Terdahulu, Zehra menafikan dakwaan bahawa rumah tangganya sedang bergolak. Jelasnya, gambar-gambarnya di Instagram Iqwan telah disimpan di arkib (archive) kerana suaminya kurang selesa dengan perhatian dunia seni.

Sebagai info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021, dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun.

Sebelum ini, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan perkahwinan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum mereka bercerai pada April 2018.

#Rumah tangga #Zehra Zambri #Isu Rumah Tangga #Gegar Vaganza 11 #Nur Mohd Iqwan Samsudin