Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suara Merdu Datuk Yusni Hamid, Asmidar & Haziq Umpama Magis Di Konsert Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal DFP

Mya Amri
20/03/2024 12:55 MYT
Konsert Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) KLCC baru baru ini ternyata memberikan kelainan buat 800 penonton yang hadir.

Dikendalikan oleh Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), Ahmad Muriz Che Rose dan pasukan penyusun lagunya maka terhasillah magis alunan merdu bagi halwa telinga buat penonton yang hadir.

Tidak cukup dengan itu, tiga penyanyi hebat menjadi tumpuan utama pada malam tersebut adalah Datuk Yusni Hamid, Asmidar dan Haziq Rosebi.

Tiga nama yang cukup terkenal dengan genre klasikal seperti ini menambahkan lagi keindahan konsert dengan alunan suara merdu mereka.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh adalah Sayang Di Sayang, Melati Di Tapal Batas, Puteri Ledang, Pak Ngah Balik, Payung Mahkota, Ambang Sore.

A post shared by Asmidar (@asmidarisme)

Datuk Yusni Hamid berada di dalam kelas tersendiri apabila penonton yang hadir terpukau dengan suara emasnya sebaik sahaja menyampaikan lagu seperti Sayang Musalmah dan Musalmah Manis.

Istimewanya lagi, penghibur bersuara merdu itu juga turut menyanyikan lagu dalam beberapa bahasa iaitu Moon Represent My Heart dan Tien Mi Mi dengan gaya keroncong.

Persembahan konsert kemudiannya diakhiri dengan lagu klasik yang cukup popular berjudul Lemak Manis.

Dalam pada itu, ketika ditanya apakah rahsia kejayaan dan penyatuan harmoni suara ketiga-tiga penyanyi itu, Yusni menjawab membuat persembahan dengan serius serta bersungguhsungguh.

“Kita kena betul betul melibatkan diri dan tak boleh ambil ringan, itu pada saya lah. Perlu serius dan bersungguh-sungguh.

“Sebab kita bukan hanya berlatih dengan okestra sahaja, sebelum itu kita datang dan dengar dulu muziknya macam mana.

“Selepas semua dah ready barulah kita menjalani sesi latihan bersama okestra,” katanya kepada Gempak.

Secara keseluruhan, Konsert Simfoni Budaya: Keroncong & Ghazal ini sukses dalam memberikan satu kepuasan terhadap penggemar musik klasik.

#Konsert #Asmidar #Haziq #DFP #Keroncong #Datuk Yusni Hamid
;