gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England Dan Wales
HIBURAN
Kehadiran Bella Astillah Di Majlis Hari Lahir Ibu Syed Saddiq Buat Netizen ‘Cair’ - “Alhamdulillah Tumpang Happy”
VIRAL
Suara Merdu Siti Nurhaliza ‘Kejutkan' Lelaki Koma Di Australia - “Sebaik Saja Mendengarnya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Suara Merdu Siti Nurhaliza ‘Kejutkan' Lelaki Koma Di Australia - “Sebaik Saja Mendengarnya…”

Gempak
Gempak
02/08/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Suara Merdu Siti Nurhaliza ‘Kejutkan' Lelaki Koma Di Australia - “Sebaik Saja Mendengarnya…”
Suara merdu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pencetus semangat luar biasa kepada seorang lelaki yang koma selama lima hari selepas diserang sakit jantung ketika berada di Sydney, Australia.
Aimi Nasruddin Mohd Roslan yang berkongsi kejadian itu berkata, pengalaman tersebut ibarat keajaiban yang tidak akan dilupakannya seumur hidup.
Menurut peguam itu, kejadian berlaku pada 9 Julai lalu ketika dia bersama beberapa rakan sedang bercuti di Bondi Beach.
"Saya minta rakan-rakan teruskan perjalanan kerana mahu berehat sebentar. Namun ketika duduk di bangku, tiba-tiba saya pengsan dan terus tidak sedarkan diri," katanya.
Aimi kemudiannya dikejarkan ke Hospital St Vincent, Sydney sebelum dimaklumkan berada dalam keadaan koma selama lima hari.
Namun apa yang mengejutkan, pemuda dari Batu Pahat, Johor itu mula menunjukkan tindak balas positif selepas mendengar kiriman pesanan suara daripada penyanyi nombor satu negara.
"Ayah saya berusaha menghubungi kenalan untuk dapatkan 'voice note' daripada Siti Nurhaliza. Tak sangka dalam masa satu jam sahaja dah berjaya.
"Sebaik mendengarnya, tangan kanan saya mula bergerak sedikit. Doktor maklumkan ia sebagai tindak balas positif terhadap rangsangan suara," jelasnya.
Pesanan suara daripada penyanyi tersohor itu mengandungi kata-kata semangat serta nasihat untuk terus kuat dan memperbanyakkan zikir serta selawat.
"Kak Siti nak Aimi jangan sedih, kena kuat semangat. Selawat, istighfar dalam hati. Aimi jangan putus asa. Terima kasih selama ini sokong Kak Siti. Insya-ALLAH, Aimi boleh harungi semua ini,” demikian antara pesanan yang disampaikan Siti Nurhaliza.
Kisah Aimi yang dimuat naik menerusi Instagram turut menarik perhatian ramai yang rata-rata terharu dengan kisah keajaiban itu.
Aimi yang kini telah pulang ke tanah air menyifatkan pemulihannya sebagai anugerah ALLAH SWT hasil doa ahli keluarga dan rakan-rakan.
"Alhamdulillah, saya sudah kembali bekerja dan boleh memandu seperti biasa,” ujarnya.
Sumber - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Datuk Seri siti Nurhaliza
#Biduanita Negara
#Lelaki koma
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement