Laman Utama
“Suara Padu, Sampai Enam Kali Tengok” - Lakonan Abang Viral Azman Naim Dipuji, Watak Gerhana Mantap Yeop!
Azman Naim yang popular dengan lagu parodi tular My Sejahtera Way kini menunjukkan bakatnya dalam filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.
Lakonan Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim yang membawakan watak sebagai Gerhana ternyata tidak mengecewakan.
Aksinya yang bersahaja, tidak terlalu over dan nampak spontan ternyata membuatkan lakonanannya kelihatan lebih realistik.
Penonton yang sudah menonton karya terakhir Mamat Khalid yang disempurnakan oleh anaknya, Amen Khalid ini juga memberikan pujian kepada Azman.
Malah ada juga yang sudah enam kali menonton Kampong Pisang Berbuah Dua Kali kerana seronok dengan jalan cerita dan juga keserasian para pelakon membawakan watak masing-masing.
Bagi yang belum menonton, saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, di Astro First bermula 3 Mac 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang ditayangkan di saluran BOO (404).
Terdahulu, video Azman pernah mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan dipanggil menghadap baginda.
Antara lagu lain berkisar PKP yang dikongsikan Azman dalam laman sosial Instagram serta TikTok termasuk mengenai permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium.
Must-Watch Video