Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suara Power, Yaya Rockanova Tak Patut Tersingkir – Peminat

Mya Amri
04/05/2017 05:05 MYT
Penyingkiran peserta Rockanova, Yaya di konsert minggu keenam mencetuskan rasa tidak puas hati peminat.

Mereka berpendapat Yaya atau nama sebenarnya Rosiah Baharuddin tidak layak tersingkir kerana persembahan yang dilakukannya malam tadi cukup memuaskan.

Yaya telah menyampaikan lagu Anak Kampung nyanyian asal Jimmy Palikat dalam versi Rock.

Selain persembahan, kemantapan vokal peserta berusia 38 tahun ini juga turut menjadi perbualan peminat Rockanova di Twitter dengan menggunakan hashtag #Rockanova dan #YayaRockanova.

Rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dan terkejut apabila nama Yaya diumumkan sebagai peserta tersingikir.

Terdahulu, Yaya adalah peserta yang diserap masuk pada minggu ketiga Rockanova dan merupakan antara peserta pilihan penonton yang dijangka akan melangkah ke peringkat akhir program berkenaan.

Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan oleh peminat:










Rockanova diterajui oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara dan menampilkan dua juri tetap, Datuk Awie dan Edry Abd Halim.

Manakala penyanyi Jaclyn Victor hadir sebagai juri jemputan.

Minggu keenam Rockanova menyaksikan para peserta bersaing dengan lagu bertemakan band Rock Karya.

Rockanova bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.

Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).

Teks oleh: Mya Amri