HIBURAN
“Suara Tak Semangat Macam Selalu” – Netizen Risau Tengok Keadaan Kak KM Menangis Sambil Masak Sebab Rindu Anak
Personaliti media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tidak dapat menahan rasa sebak ketika memasak menu kegemaran anak sulungnya, Nabila Razman.
Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, Kak KM dilihat menggoreng ikan sambil menitiskan air mata apabila teringatkan anaknya yang sudah mula menjalankan tugas sebagai pramugari bersama syarikat penerbangan antarabangsa, Singapore Airlines.
“Sedih sangat sebab bila goreng ikan ni ada telur ikan. Ini kegemaran Nabila. Kalau saya masak, saya akan asingkan dia punya.
undefined
“Anak mama, mama rindu anak mama. Kalau anak mama ada ni, telur ikan ni mama dah simpan untuk akak tahu.
“Bila lah aku nak okay kalau macam ni,” katanya lagi dalam nada penuh emosi,” ujarnya.
Perkongsian video tersebut turut mendapat perhatian ramai pengikut yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati melihat keadaan Kak KM yang tidak lagi bersemangat seperti sebelumnya setiap kali muncul dengan video baharu.
“Alaaa kenapa tak energetic macam selalu.
“‘Macam mana la kalau anak aku kat sana nak masak benda takboleh buka nak minta tolong sapa’ sampai macam tu dia fikir kat anak.
“Sampai suara Kak KM pun tak semangat sebab terlalu rindukan anaknya,” tulis @bungaaafiyah pula.
Untuk rekod, Nabila merupakan anak sulung kepada Kak KM dan kini sedang menjalani kehidupan baharu sebagai pramugari bersama Singapore Airlines.
Perpisahan jarak jauh buat pertama kali ini, nyata menjadi ujian emosi buat si ibu yang selama ini cukup rapat dengan anaknya.