Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Suara Unik, Marsha Harap Reshma & Afi Dapat Ke Final AF2016

Ahmad Shah 09/09/2016 | 04:15 MYT

Penyanyi Marsha akui tertarik dengan keunikan suara dua pelajar AF2016, Reshma dan Afi.

“Setiap tahun saya memang akan menonton AF ialah kalau diikutkan saya pun lahir dari Akademi Fantasia mana mungkin saya dapat lupa.
“Untuk tahun ini ada beberapa pelajar yang tarik perhatian saya antaranya Reshma dan Afi,
“Kalau dari segi kualiti suara saya suka Reshma sebab pada saya agak sukar untuk mencari wanita yang mempunyai ‘tone’ suara sebegitu.
“Dari segi persembahan saya suka Afi dan saya pilih dia bukan kerana ‘bias’ tapi kerana dia memang layak.
“Dia nampak yakin ketika berada di pentas dan saya dari segi kualiti persembahan dia bagus. Vokalnya seiring dengan persembahannya,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Marsha lagi, dia berharap agar Reshma dan Afi berjaya memasuki peringkat akhir AF2016.
“Saya rasa yang berpotensi untuk ke final adalah Afi dan Reshma, sejak dari konsert pertama lagi mereka berdua berjaya menawan hati penonton.
“Kalau pelajar lelaki saya rasa Amal… Tak padan dengan kecil tapi bila dia buat persembahan, kawalan pentas dia hebat.
“Yang penting suaranya, unik! Rasanya tak ada lagi pelajar AF yang suaranya sebegitu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Marsha juga meminta supaya para pelajar AF memanfaatkan segala ajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar.
“Bila berada dalam akademi kalau boleh simpan dan praktikkan segala ilmu yang diberi oleh cikgu-cikgu.
“Bukan apa nanti bila mereka sudah keluar, nak dapatkan balik benda-benda yang kita belajar itu susah sebab suasana tak sama.
“Jadi jangan main-main dan sia-siakan pengajian sepanjang berada dalam akademi. Beri fokus dan sentiasa rajin berlatih.
“Bila dah tamat AF nanti, benda-benda inilah yang para pelajar akan rindu nanti,” jelasnya yang juga merupakan bekas pelajar AF3.
Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.
Untuk mengikuti perkembangan pelajar, layari Akademi Fantasia.

#AF2016 #Marsha
;