Konsert separuh akhir Suara Viral yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan peserta Jerry menjadi peserta kelima tersingkir daripada program realiti nyanyian itu.
Jerry atau nama sebenarnya, Zamari Zakaria, 36, terpaksa akur apabila perlu meninggalkan pentas Suara Voral di minggu ketujuh.
Setiausaha di Kementerian Pertahanan itu menyampaikan dua buah lagu iaitu Seragam Hitam dan Yang Sedang-Sedang Saja berada di kedudukan paling bawah dengan markah 74.20 peratus.
Sementara lima peserta yang tinggal iaitu Farah, Ameem, Boy, Bella dan Soffwany bakal meneruskan perjuangan mereka untuk merebut gelaran juara pada konsert akhir yang bersiaran minggu depan.
Bertemakan Rock & Dangdut, konsert sebentar tadi menyaksikan Farah berada di kedudukan pertama sekali lagi untuk tiga minggu berturut-turut.
Pada minggu ini juga, juri jemputan, penyanyi rock terkenal, Datuk Awie mengadili para peserta bersama dua orang juri tetap, Misha Omar dan Akim.
Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu kelima beserta komen daripada para juri:
#1 Farah (Fantasi Bulan Madu & Angkat Kaki): 90.67%
"Awak semakin lebih baik, awak ambil peluang ini dengan baik dan terima kritikan positif. Saya tak sabar nak tunggu awak di luar sebagai rakan industri saya"- Misha Omar
#2 Ameem (It's My Life & Wulan): 86.12%
"Nampak ketidakselesaan bila ada band, dia dah bagi bahu untuk berinteraksi dengan awak, tapi awak tak beri. Apapun, secara keseluruhan ini satu persembahan pembukaan yang bertenaga" - Akim Ahmad
#3 Boy (Luka Seribu Rindu & Yang Penting Happy): 80.40%
"Boy awak dah bersedia untuk ke final sebenarnya. Tak sia-sia cikgu yang mengajar. Ada pakej yang cukup, Akim & The Majistret dalam bahayalah lepas ni." - Akim Ahmad
#4 Bella (Setelah Aku Kau Miliki & Asyik):79.58%
"Awak tak ada masalah dalam nyanyian, saya sangat bangga dengan awak. Cuma, saya rasa lagu itu perlu ada energi. Dalam lembut dan lentok tapi mesti ada energi, jangan hujung-hujung dia baru nak lentok dah hilang." - Misha Omar
#5 Soffwany (Rela & Goyang Bali): 79.57%
"Satu persembahan yang baik cuma pembukaan ada mendatar sikit. Suara awak bagus mungkin sebab dah selalu nyanyi kombo. Selalunya kita jaga korus, tapi sebenarnya kita kena jaga waktu permulaan lagu." - Datuk Awie
#6 Jerry (Seragam Hitam & Yang Sedang-Sedang Saja): 74.20%
"Awak kena lepaskan bila nyanyi, jangan malu-malu. Saya rasa rugi kerana awak tak lepaskan. Inilah masanya awak berikan apa yang ada awak boleh sampaikan pada lagu tu. Semua orang boleh nyanyi tapi karakter atas pentas tu penting."- Datuk Awie
Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.
Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.
Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.
ZULHILMI JALIL
Wed Jul 29 2020
Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Bakal Beri Kenangan Istimewa Buat Peminat
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa iaitu ‘Jilid Rockerstra Ella: Rockers Juga Manusia’.
AirAsia Perkenal Nursing Cover Untuk Juruterbang & Kru Kabin Baru Jadi Ibu
Sempena meraikan Hari Ibu, AirAsia mengumumkan penambahan kain penutup penyusuan kepada kit pakaian seragam juruterbang dan kru kabin yang baru bergelar ibu.
Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Avril Lavigne Komen Teori Konspirasi Telah Mati & Diganti Wanita Berwajah Sama
Avril Lavigne merupakan seorang penyanyi yang cukup popular pada awal tahun 2000 dengan genre pop-punk.
[PROMO] Uji Bakat INNOVATHON Musim Ke-2
INNOVATHON KEMBALI! ANDA ADA IDEA YANG MENARIK?
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
KAMI MEMERLUKAN IDEA INOVATIF ANDA!
Untuk sertai Rancangan Realiti TV INNOVATHON Musim Ke-2:
1. Hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreati dan inovatif ke alamat emel: [email protected]
2. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran uji bakat secara atas talian
3. Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024
#INNOVATHON
COËX Bereksperimentasi Lagu Irama Tradisional - "It Has Always Been Our Identity"
Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.
Tarik Minat Pelajar Ke Sekolah, Larrie Sumbang RM68,000 Cat Mural Baharu Di SMK Sungai Choh
LARRIE Corporation Sdn Bhd telah bekerjasama dengan SMK Sungai Choh, Rawang dalam inisiatif pengindahan sekolah di bawah program Jom Kembali Ke Sekolah.
Dollah Hapak | Throwback Telemovie Gempak
Minggu ini kami bawakan telemovie Dollah Hapak. Korang pernah tengok tak? Korang kalau ada suggestion nak telemovie yang lama-lama korang boleh komen di media sosial kami ok. Kami akan cuba tunaikan.
Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani, ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya
Satu keluarga, satu peluang, satu rompakan terakhir. The Experts yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist.