Laman Utama
#SuaraViral3 : Nyanyi Lagu Awie, Pekerja Syarikat Insurans Juara Minggu Pertama!
Pentas Suara Viral 3.0 telah membuka tirainya semalam dengan menyaksikan enam orang peserta memulakan langkah mempamerkan paduan suara masing-masing.
Minggu pertama telah menyaksikan pekerja syarikat insurans, Muhammad, 44, mendendangkan lagu Sayap Ilusi nyanyian asal Awie menduduki tempat pertama sekaligus melayakkan dirinya ke peringkat suku akhir.
Sementara itu, yang turut memberi saingan oleh lima lagi peserta lain dengan gaya dan teknik nyanyian tersendiri. Berikut merupakan senarai lagu yang dibawakan pada minggu pertama:
Meyyo – Relaku Pujuk (Spider).
Naddi – Janjiku (Kaka Azraff).
Syafika – Tak Tercapai Akalmu (Elyana).
Iramakush – Hanya Memuji (Shanty & Marcell).
Zul – Mahligai Syahdu (Hattan).
Sementara itu, penyanyi Stacy telah diundang sebagai juri jemputan untuk menilai nyanyian para peserta selain ditemani oleh barisan juri tetap seperti Datuk Hattan, Marsha Milan, Aina Abdul dan Haqiem Rusli.
Suara Viral 3.0 bakal bersiaran selama 10 minggu bermula semalam, setiap Rabu, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan ini di Astro.
Must-Watch Video