Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Suasana Raya Berbeza Bila Arwah Dah Tak Ada,” - Sufian Suhaimi Rindu Nenek

Mya Amri 04/05/2022 | 11:23 MYT
Penyanyi Sufian Suhaimi akui hari raya yang diraikan cukup berbeza selepas ketiadaan nenek tersayang.

Kata Sufian, kegembiraan dan perasaan seronok yang dirasai tidak sama seperti sebelum ini.

“Tahun ini adalah kali pertama balik beraya tanpa arwah nenek. Sebelum ini nenek dah tak ada tapi tidak boleh nak pulang ke kampung memandangkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

“Suasana, perasaannya cukup berbeza apabila nenek sudah tiada. Memang tak sama. Arwah nenek sangat bersederhana tetapi bagi saya dia adalah pengikat kekeluargaan,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun kata Sufian, mereka tetap menziarahi sanak-saudara walaupun tradisi untuk berkumpul ramai-ramai agak sukar dilakukan selepas ketiadaan arwah neneknya.

“Kita boleh rasa tau bila arwah nenek sudah tiada, hubungan kekeluargaan tu masih ada tapi dah tak erat macam dulu.

“Macam dulu kita ada alasan pulang ke kampung untuk berkumpul ramai-ramai tetapi bila satu individu dah tak ada dah jadi lain sikit.

“Walaupun tak ada masalah keluarga tapi rapat tu tak rasa macam dulu. Jadi tahub ini kami mahu turun ke Mersing untuk bertemu sanak-saudara.

“Walaupun tak ada satu hari yang kita boleh lengkap kumpul ramai-ramai… Tapi ibu lah dia sejenis sentimental sikit orangnya dan dia nak jumpa adik-beradik.

“Jadi tahun ini juga lebih kepada ‘family bonding’ sebab kita dah lama, dua tahun tak jumpa saudara-mara,” ujarnya.

#Sufian Suhaimi #Nenek #Raya 2022 #Arwah Nenek
;