Laman Utama
"Suatu Hari Nanti Aku Pasti Jadi Penyanyi Terkenal" - Ini Hasrat Sherry Alhadad Ketika Berusia 15 Tahun! Siap Tulis Dalam Kad Raya!
Apabila mengimbas kenangan zaman persekolahan, sudah tentu banyak perkara yang melucukan.
Perkara sama dialami selebriti versatil, Sherry Alhadad. Pelakon drama bersiri The Maid ini berkongsi foto kad raya yang pernah diberikan kepada kawan baiknya ketika berusia 15 tahun.
Kenangan melucukan itu dikongsi Sherry menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Pada kad tersebut, Sherry mengajak rakannya itu untuk melupakan kesalahan lama dan ikhlas membaca kad raya tersebut.
Sherry juga menulis tentang cita-citanya yang mahu menjadi seorang penyanyi popular apabila menjengah dewasa.
Selain itu, namanya juga ditulis sebagai Sharifah@Phat Mariam kerana sangat meminati kumpulan Too Phat.
"BFF Sherry terjumpa kad raya yang Sherry hantar pada dia masa umur kami 15 tahun.
"OMG! Sharifah@phat Mariam sebab Sherry minat giler kumpulan Too Phat.
"P/s - suatu hari nanti aku pasti jadi seorang penyanyi terkenal," tulis Sherry sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Sherry termasuk rakan industri terhibur dan meninggalkan respon positif.
The Maid yang dibintangi Sherry turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Mira Filzah, Norman Hakim, Datin Paduka Eina Azman dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang menyaksikannya pada setiap Rabu, pukul 9.00 malam di Astro Ria (123) dan Ria HD (104).
Anda juga boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton pada bila-bila masa di aplikasi Astro Go.
Must-Watch Video