Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Subang Di Hidung Lewis Hamilton Buat Mercedes Didenda RM100,000

Maliah Surip
02/10/2022 05:30 MYT
Pelumba Formula 1 terkenal dunia, Lewis Hamilton terbabit kontroversi sekaligus menimbulkan masalah dan kerugian kepada pasukan Mercedes hanya kerana memakai subang pada hidungnya.

Hamilton dilihat memakai subang pada hidungnya di Singapore Grand Prix. Dan itu bukan yang pertama kali kerana Hamilton memang sering dilihat mempunyai subang pada bahagian hidungnya.

Disifatkan sebagai telah melanggar undang undang pelumba tidak boleh memakai sebarang perhiasan, maka Mercedes telah didenda sebanyak RM100 ribu (£22,000).

Pesohor berusia 37 tahun itu bagaimanapun cuba untuk tidak memberi penjelasan dan kenyataan mengapa dia masih memakai subang pada hidungnya walaupun mengetahui dengan jelas ia melanggar undang undang.

Namun Hamilton mengatakan dia memakai subang tersebut atas nasihat doktor selepas mengalami masalah kesihatan.

“Saya telah memakai subang itu bertahun lamanya,” kata Hamilton.

Sumber: BBC,
Kredit Foto: Getty Images

#Sukan #Mercedes #Hidung #Viral. #Denda #Lewis Hamilton #Subang