Hiburan
Subang Hanez Suraya Jadi Troll, Dilabel Tali Pengikat Langsir
Pelakon Hanez Suraya diusik netizen apabila subang berambu yang dipakainya dilabel sebagai tali pengikat langsir.
Subang berwarna tersebut mula mendapat perhatian netizen baru-baru ini walaupun foto yang dimuatnaik oleh Hanez di akaun Instagram (IG)nya itu adalah pada 18 Oktober lalu.
Lebih lucu lagi, gaya Hanez itu telah diparodikan oleh seorang wanita menerusi akaun twitter dengan id @syuhadaa_omar pada Ahad.
Sehingga kini foto yang diparodikan oleh Syuhadaa telah menerima hampir 17,000 retweet dan lebih 4,000 heart.
Dalam pada itu, banyak komen-komen lucu yang diberikan oleh netizen sebaik saja melihat perbandingan foto Hanez dan Syuhadaa.
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video