HIBURAN
Subang Telinga ‘BASS’ Jadi Perhatian, Ada Sebab Bella Astillah Pakai - “Memang Kita Ada…”
Penampilan pelakon dan penyanyi Bella Astillah di sebuah acara baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.
Bukan kerana gaya anggunnya, tetapi juga disebabkan sepasang subang unik yang dipakainya.
Subang tersebut menarik perhatian kerana tertera huruf ‘SS’ yang jelas kelihatan.
Huruf tersebut telah mencetuskan pelbagai andaian dan spekulasi dalam kalangan netizen.
Ramai yang mula membuat andaian bahawa subang itu mungkin merujuk kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq.
Menjawab mengenai perkara itu, Bella menjelaskan bahawa subang tersebut merupakan hasil pilihan jurugaya untuk sesi fotografi yang diadakan bersama Solar Time.
Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan Solar Time yang ke-44 bertempat di IOI Mall, Putrajaya pada Khamis.
Sekadar info, hubungan akrab antara Bella dan Syed Saddiq mula mencuri perhatian warganet selepas mereka digandingkan sebagai duta bagi satu jenama baju raya tempatan pada tahun ini.
Subang BS, SS

“Yang ini jurugaya saya yang sediakan. Memang kita ada sesi fotografi bersama dengan Solar Time. ini aksesori yang diberikan. Jadi aksesori ada sebelah BA sebelah lagi SS,” ujarnya.