Subaru Forester baharu dengan teknologi EyeSight lancar di Malaysia
Selepas dilancarkan tahun lalu pada peringkat global, akhirnya kenderaan utiliti sukan (SUV) Subaru Forester baharu kini menjengah pasaran Malaysia.
Jentera itu boleh didapati dengan tiga varian iaitu Subaru Forester 2.0i-L, Subaru Forester 2.0i-S dan Subaru Forester 2.0i-S EyeSight.
Subaru Forester baharu yang dijual di negara ini adalah model pemasangan di Thailand oleh Subaru Automotif Tan Chong (Thailand) Limited (TCSAT).
Biarpun melakukan pemasangan di Thailand, piawaian pengeluaran dan pemprosesan di Thailand sebenarnya memenuhi tahap pemasangan sama di Jepun, jadi anda tidak perlu risau berhubung kualitinya.

Lebih bagus apabila platform canggih itu mampu meningkatkan penyerapan kemalangan sebanyak 40 peratus dan memberi 50 peratus kurang pusingan badan.



Eyesight yang sebelum ini menerima anugerah pada peringkat global menggunakan dua kamera stereo untuk mengesan imej berwarna tiga dimesi dengan pengiktiran imej terbaik. Apabila mengesan potensi bahaya, ia memberi amaran pada pemandu dan membrek jika perlu untuk mengelakkan kemalangan.

Brek Pra-Pelanggaran
Eyesight sentiasa memantau kawasan hadapan kereta dan memberi amaran kepada pemandu tentang potensi berlanggar.
Ia juga boleh mengenalpasti pejalan kaki, basikal, motosikal dan objek yang lain sekali gus menjadi ciri lebih baik berbanding menggunakan teknologi radar.
Pengendalian Pendidik Pra-Pelanggaran
EyeSight menghalang kemalangan atau mengurangkan kersokan apabila kenderaan memecut secara tidak sengaja akibat kesilapan pemandu.
Ia akan memberi amaran kepada pemandu dengan penunjuk amaran dan bunyi penggera dan menyekat pengeluaran enjin agar kenderaan bergerak perlahan untuk kurangkan kemungkinan kemalangan.
Amaran Keluar Lorong
Jika sistem mengesan kenderaan terkeluar daripada laluannya ketika pemanduan kelajuan tinggi dalam 60/j atau lebi dan memberi amaran kepada pemandu bunyi amaran dan penunjuk amaran.

Sekiranya kenderaan terbabas, sistem akan memberi amaran pada pemandu dengan bunyi amaran dan penunjuk amaran.
Adaptasi Kawalan Luncur (ACC)
ACC mengekalkan kelajuan yang ditetapkan oleh pemandu, tetapi juga mengawal kelajuan kenderaan untuk mengekalkan jarak yang ditetapkan dari kenderaan di hadapan.
ACC menjejaki kenderaan di depan dan secara automatik mengekalkan jarak mengikut yang selamat untuk pelbagai jenis kelajuan antara 0-180km/j.
Amaran Kenderaan Di Hadapan
Apabila kenderaan berhenti dan trafik mula bergerak semula, Amaran Kenderaan Di Hadapan memberi amaran kepada pemandu dengan bunyi amaran dan penunjuk amaran.
Harga mengikut varian:
- Subaru Forester 2.0i-L RM139,788
- Subaru Forester 2.0i-S RM149,788
- Subaru Forester 2.0i-S EyeSight RM159,788
Jaminan
Bagi memberi ketenagan minda, Subaru Forester ditawarkan perlindungan waranti selama lima tahun atau 100,000km.