“Subhanallah Sedapnya Suara” - Ramai Terkesima Hanna Delisha Berselawat! Bak Bidadari!

Hanafis Haris
Mac 30, 2021 00:24 MYT

Pelakon, Hannah Delisha sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila sebuah video dia mengalunkan selawat, viral sejak semalam.

Video pendek berdurasi 13 saat itu mula mendapat perhatian selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Iman Shah.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Hanna yang menyarung telekung sedang mengalunkan selawat Al-Fatih.

Rata-rata netizen memuji kelunakan suara Hannah yang bukan hanya sedap ketika menyanyi, malah ketika berselawat.

“Sedapnya suara Hanna, tu taranum ke”

“SubhanAllah sedapnya suara Hannah, tak sangka betul”

“Sejuk je hati dengar, subhanAllah” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

? pic.twitter.com/w9pM5qQRWT

— imam shah (@imamemy) March 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sekadar info, selawat Al- Fatih mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulama terdahulu.

Antaranya termasuklah jika dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.

Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.

Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih selama 40 hari berturut, dosanya akan diampuni Allah.

Anda boleh lihat lagi maksud dan kelebihan selawat Al-Fatih di sini.

#Kahwin #Hannah Delisha #Selawat