Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"This Is Such A Beautiful Dedication" - Nabila Huda Dedikasi Foto Ayah & Suami

Asraf Aided 09/07/2019 | 08:04 MYT
Aktres popular, Nabila Huda berkongsi gambar ayahnya, penyanyi Amy Search dan suaminya, Izwan yang kini sedang bercuti di Bali, Indonesia.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menerusi entri terbabit, Nabila menulis dedikasi penghargaan buat dua lelaki istimewa dalam hidupnya itu.
"Lelaki teragung, kau lah kekasih di dunia dan di syurga," tulisnya sebagai kapsyen.
Seperti diketahui umum, petikan ayat itu diambil dari lirik lagu Dayang Nurfaizah, Lelaki Teragung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila berasa gembira tersentuh membaca kapsyen terbabit.
Tidak ketinggalan, pelakon dan pengarah Datin Seri Tiara Jacquelina turut meninggalkan komen.
"This is such a beautiful dedication, I'm so happy for you babe!" tulisnya.

Lelaki Teragung, Kau lah kekasih Di dunia Dan Di syurga..?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Terdahulu, tercetusnya kekecohan antara Nabila dan ibu tirinya, Norish berikutan perkongsian ucapan Hari Bapa yang dibuat pelakon terbabit kepada Amy di Instagram.
Norish didakwa membalas status berkenaan dengan mendakwa, Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa.
Ia menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap Nourish konon sengaja mencari alasan untuk berbalah.
Namun mereka akhirnya berdamai selepas Nabila dan suami sendiri berjumpa bapa dan ibu tirinya di rumah pada pertengah Syawal lalu.
BACA : “Walaupun Dia Rockers, Dia Tak Sambut Hari Ibu & Hari Bapa” – Lepas Muat Naik Posting Ni, Nabila Huda ‘Tembak’ Mak Tiri!
BACA : Nabila Huda Luah Perasaan Di Instagram Stories, Ada Masalah Dengan Ibu Tiri?
#Nabila Huda
;