Pelakon Uqasha Senrose memuji sifat penyayang aktor Kamal Adli ketika berada di set penggambaran yang sama iaitu drama Perempuan Tanpa Dosa.

Menurut Uqasha, Kamal seorang hero drama yang suka memberi sokongan kepadanya lebih-lebih lagi ketika dia terlibat dalam banyak babak menangis.

“Such a sweet person Kamal Adli and very supportive hero.

“Dia tahu saya punya scene back to back iaitu meroyan dan menangis, dia pulak yang jadi PA (pembantu peribadi) hehe cute la,” katanya.

Uqasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Uqasha memuat naik foto Kamal yang berada disisi sambil menghulurkan secawan air ketika dia berada di set.

Bagaimana pun entri tersebut mendapat perhatian Kamal yang telah membalas kapsyen Uqasha.

“Apa lah sangat sangat PA tu, lebih dari PA saya boleh tapi kat set lain nanti haramkan hero jadi PA jugak ya,” katanya berseloroh.

Kemas kini itu turut mendapat perhatian netizen dan pengikut laman sosialnya yang rata-rata merestui hubungan cinta mereka.

“Jangan lepaskan Uqasha, boleh jadi PA for life tu hehe,” komen salah seorang warganet.

“Habis shooting kahwin terus please,” pinta seorang peminatnya.

“Saya doakan jodoh kamu berdua sampai kahwin nanti,” kata seorang warga maya.

Tonton drama Perempuan Tanpa Dosa di slot MegaDrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Ria (124) dan Ria HD (104).

such a sweet person @kamaladli . n very supportive hero .. dia tahu qasha sc back to back meroyan nangis , dia pulak yg jd PA. hehehe . cute la #perempuantanpadosa

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on