“Suci Humaira Dah Dalam Perut Masa Ni, Tapi Bonda Tak Tahu…” - Yatt Hamzah Panjat Pokok Ketika Hamil

Syafiqah Jalal
Disember 2, 2019 12:49 MYT
Pelakon Yatt Hamzah mendedahkan dia pernah memanjat dahan pokok yang tinggi ketika sedang hamil anak keduanya, Suci Humaira Iqlima yang kini berusia 3 tahun.
Menurut Yatt, ketika itu dia tidak menyedari yang dirinya sedang hamil dan memanjat dahan pokok tersebut semata-mata demi menjalani sesi fotografi perkahwinannya dengan suami, Mohammed Zulfadhli Khairuddin
“Tiga tahun lepas 2016, sebulan lebih lepas bernikah. Masa ni buat outdoor photography lepas majlis belah suami di Kota Bharu, Kelantan. @sucihumairaiqlima dah dalam perut masa ni, tapi Bonda tak tahu. Kemain gigih Bonda ni panjat dahan pokok bagai konon nak shoot paling letop.
“Mujur ada suami boleh manja-manja tolong sambut masa turun dari pokok tinggi tu. Slide left tengok tu Bonda baru turun dari pokok. Mujur juga baju sponsor tu tak koyak atau kotor. Ni namanya behind the scene Pengantin Pompuan Panjat Pokok.
“So korang pengantin-pengantin baru tak payahlah mengada-ngada tiru gaya Bonda ni nak panjat pokok bagai. Bonda ni memang sejenis makhluk lasak lahir pada tahun Monyet yang sukakan extreme. Nampak je Muslimah tapi lasak yang amat,” tulisnya.
Yatt berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia turut memuat naik foto ketika sesi penggambaran tersebut.
Namun kini, Yatt bersyukur kerana dia dijangka melahirkan bayi keempat dalam bulan ini.
“Tapi sekarang dah insaf sikit sebab dah beranak pinak Bonda kontrol sikitlah tak nak berjangkit pada anak-anak.
"Rupanya sangkaan Bonda meleset sama sekali.. Iqlima memang sebijik spesies Bonda dia.. Adik dia Medina pun sama ikut jejak langkah..Tarzan pompuan!! Aisehhh, mana silapnya ni!
“Apapun Alhamdulillah syukur. Tahun ni 2019 anak keempat akan menyusul. In shaa Allah bulan depan Bonda akan melahirkan anak ke - 4 ni. Harapan dan doa Bonda agar anak ini selamat, sihat dan tak ikut jejak Tarzan seperti Bonda & kakak-kakaknya. Aameen," katanya lagi.
Untuk rekod, Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammed Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang zuriat, Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun.
Terdahulu, Yatt juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan seorang zuriat perempuan iaitu Suci Hanania Malika, kini berusia tujuh tahun.
#Anak #Hamil #Yatt Hamzah #Hamil