“Suci Sungguh Hatimu” - Dekati Gelandangan, Niat Murni Faizal Tahir Ini Buat Netizen Sebak
Hanafis Haris
16/07/2019 08:38 MYT
16/07/2019 08:38 MYT
Penyanyi Faizal Tahir membuat kejutan apabila tampil bersama Amir Masdi menyalurkan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota baru-baru ini.
Pengalaman itu dikongsikan di Instagramnya semalam menerusi satu video IGTV yang berdurasi 3:40 minit.
Menerusi video terbabit, Faizal cuba menguji Amir dengan melihat sejauh mana keberanian penyanyi muda itu mendekati golongan yang ‘hidup’ di tepian jalanan.
Menurut Faizal, ujian terbabit juga sebagai pendedahan bagi menunjukkan artis atau penyanyi mempunyai tanggungjawab besar kepada masyarakat.
“Jadi penyanyi ni bukan saja menyanyi, kita kena tunjukkan contoh yang baik sebab orang ramai akan melihat dan memuji anda,” katanya.
Sementara itu Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 23, dilihat turut terkesan dengan apa yang dilakukan malam itu.
“Nampak lainlah pada muka mereka. Ada yang saya tanya, belum makan, pukul 11 pun belum makan.
“Mungkin bagi kita biasa je dapat makanan macam tu, tapi bagi mereka benda tu sangat besar,” katanya.
Video itu juga dimuat naik untuk mengumumkan penyertaan Amir dalam syarikat rakaman naungan Faizal, Faithful Music.
Sementara itu rata-rata netizen memuji cara Faizal menyampaikan mesej kemanusian menerusi video tersebut.
Ada yang menontonnya berulang kali dan tidak kurang juga yang sebak melihat niat murni mereka.
Malah penyanyi, Wany Hasrita turut meninggalkan komen pada ruang berkenaan.
“Wake up call for me! Thank you bapak!” katanya.
Anda boleh lihat reaksi netizen di bawah: