Hiburan
"Sucinya Ya Allah..." Akad Nikah 'Tiada Suara' Pengantin Ini Undang Sebak Netizen!
Perkongsian seorang warganet yang memaparkan momen indah pengantin lelaki 'melafazkan' nikah dalam bahasa isyarat mengundang sebak ramai.
Difahamkan, majlis kad nikah itu membabitkan pasangan pengantin bisu.
Menerusi sepotongan rakaman video yang dimuat naik itu, pengantin lelaki menyempurnakan akad nikah menggunakan bahasa isyarat sambil diiringi oleh guru sekolahnya untuk proses alih bahasa.
Anda boleh lihat momen tersebut di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Posting berkenaan kemudian menjadi viral apabila menerima perkongsian sebanyak 28,000 kali.
Rata-rata netizen kagum dengan proses akad nikah tersebut dan menganggapnya satu momen yang jarang dilihat.
Malah, tidak kurang juga yang sebak apabila melihat kesungguhan pengantin lelaki berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.