Laman Utama
Sudah 40 Tahun Ahli Astronomi Tunggu Makhluk Asing Balas Mesej, Apa Hasilnya?
Dua orang ahli astronomi dari Universiti Standford masih menanti jawapan selepas menghantar mesej kepada alien atau makhluk asing sejak 40 tahun lalu.
Profesor Masaki Morimoto dan Profesor Hisashi Hirabayashi mendakwa telah menghantar mesej atau isyarat melalui gelombang radio kepada makhluk asing pada 15 Ogos 1983.
Mereka menghantar mesej tersebut menerusi 13 lukisan yang ‘berseri-seri’ atau bercahaya kepada bintang bernama Altair, lapor Indy100.com.
Mesej tersebut mengandungi penceritaan tentang kewujudan di bumi. Kedua-dua ahli astronomi itu berharap mendapat balasan daripada mesej yang dihantar sekiranya ada dalam kalangan makhluk asing yang menerimanya.
Bukan sekadar menerima, mereka juga berharap makhluk asing dapat membalas mesej tersebut. ‘Balasan’ tersebut akan diterima dan dianalisa tim di The University of Hyogo di Jepun menggunakan antena Japan Aerospace Exploration Agency’s (JAXA).
Meski pun pada masa hadapan ada mahkluk asing yang membalas mesej yang dihantar, ia mungkin sudah terlambat buat salah seorang profesor yang menggerakkan projek tersebut.
Hal itu kerana Morimoto telah meninggal dunia pada tahun 2010.
Must-Watch Video