Berita
Sudah 47 Tahun, Che Ta Tak Pernah Minum Air Putih Tapi Gara Gara Zain Saidin...
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta mendedahkan selama ini dia tidak pernah mengamalkan minum air putih.
Menurut Che Ta, 47, sejak kecil lagi dia tidak suka minum air putih kerana rasa minuman itu yang membuatkannya sukar untuk menelannya.
“Sejak dulu lagi saya memang tak amalkan minum air putih atau air kosong. Bukan apa, saya seperti tidak boleh telan jika air itu kosong sahaja.
“Setiap pagi bangun tidur saya terus minum air ‘nescafe ais kaw’ dan biasanya saya akan minum teh dan minuman manis yang lain,” katanya kepada Astro Gempak.
Che Ta ditemui selepas majlis sidang media mengumumkannya sebagai duta kepada produk kecantikan Mylea baru-baru ini.
Pun begitu, Che Ta memberitahu baru-baru ini dia baru mendapat kesedaran untuk mengamalkan minum air putih.
Ia gara-gara suaminya, Zain Saidin dimasukkan ke hospital kerana penyakit batu karang.
“Saya mula bimbang dan takut bila Zain kena batu karang sedangkan dia seorang yang menjaga kesihatan dan kurang minum minuman manis.
“Saya pun mendapat kesedaran dan cuba belajar untuk minum air putih sekarang bagi menjaga kesihatan lebih-lebih lagi usia yang sudah meningkat ini,” katanya lagi.
Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan puteri diberi nama, Aaisyah Dhia Rana.
Dalam perkahwinan lalu, Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.
Must-Watch Video