Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sudah! Aku Nak Merajuk La Macam Ni” - Elizabeth Tan Dah Kahwin? Ramai Makan Hati Weh!

Hanafis Haris
21/03/2021 03:20 MYT
Penyanyi, Elizabeth Tan sekali lagi membuatkan ramai lelaki ‘makan hati’ apabila gambarnya seakan telah berkahwin tular di media sosial.

Gambar itu dimuat naik menerusi satu posting di Facebokk oleh seorang individu bernama David Tan Suan Chew dipercayai bapa kepada Elizabeth Tan.

“Anak perempuan bongsu saya,” katanya ringkas.

Susulan daripada itu, ramai yang meluahkan rasa kecewa mereka di ruang komen.

Rata-ratanya dilihat ‘patah hati’ apabila seorang lagi selebriti cantik telah menjadi milik orang.

“Sedihnya my lizzy dah kahwin”

“Weh biar betul, ke aku sedang bermimpi, no way”

“Ah tipu lah ni penggambaran filem kan?” tulis beberapa netizen.


Untuk makluman, Gempak masih mendapatkan kenyataan rasmi daripada Elizabeth Tan sendiri mengenai gambar tersebut.

Sekadar info, Elizabeth Tan sebelum ini pernah mencetuskan spekulasi sama apabila dia memuat baik video menyarung baju kahwin.

Menurutnya, dia akui sengaja memuat naik video dia memakai gaun pengantin berwarna putih bersama seorang lelaki berambut panjang di Instagram untuk menarik perhatian netizen.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, perkongsian tersebut merupakan gimik yang direka untuk mempromosikan lagu terbaharunya duet bersama penyanyi Hazama berjudul Beku.

BACA: Foto Pakai Gaun Pengantin Tersebar Di Media Sosial, Elizabeth Tan Dah Kahwin Ke?
#Kahwin #Viral #Elizabeth Tan
;