Hiburan

"Sudah Biasa Kena Bodoh Sampai Dah Lali" - Bergambar Di Kuil Jadi Pertikaian Netizen, Ini Penjelasan Fizi Ali

gempak
Zulaikha Yusof
27/11/2019
00:52 MYT
Sponsor Banner
"Sudah Biasa Kena Bodoh Sampai Dah Lali" - Bergambar Di Kuil Jadi Pertikaian Netizen, Ini Penjelasan Fizi Ali
Penyampai radio Fizi Ali menjelaskan tindakannya membawa anak perempuan, Ameena Sofia ke kuil di Bangkok hanya sekadar untuk melawat tempat bersejarah.
Jelas Fizi, mereka hanya bergambar di luar tempat itu di samping sudah mendapat rujukan daripada ustaz untuk kepastian.
"Kami sudah biasa kena bodoh dengan netizen sampai dah lali.
"Macam masa bercuti hari tu, itu adalah salah satu tempat bersejarah di Bangkok. Kalau tak pergi rasa rugi pulak.
"Kami tak masuk ke dalam kuil pun hanya bergambar di luar. Cuma netizen tak nampak situasi sebenar di sana.
"Saya sendiri dah rujuk dengan ustaz dan dia cakap tidak ada masalah kalau sekadar melawat.
"Percutian kali ini adalah untuk kami rasa pengalaman bawa anak kecil naik kapal terbang dan ternyata ia tidak mudah," katanya kepada Gempak.
Fizi ditemui pada majlis ulangtahun ke-12 Suria FM di Tropicana City Office Tower, Petaling Jaya.
Tambah suami kepada aktres Shakilla Khoriri ini, dia menyerahkan kepada isterinya untuk menerangkan keadaan sebenar kepada semua pihak.
"Biasalah, bila dua-dua kena bodoh tak akan nak jadi bodoh juga.
"Mesej peribadi kami penuh dengan teguran begitu dan begini. Ada sesetengah cadangan tu... Kalau ia baik, kami akan ambil.
"Shakilla adalah individu yang akan menerangkan situasi yang sebenar dekat Instagram (IG). Kalau saya, bila perlu saja baru akan bersuara.
"Saya banyak sekat (block) komen-komen netizen yang saya rasa tidak okey. Tapi kalau dah melampau sangat, saya akan letak dekat Instagram Stories supaya dapat beri pengajaran," katanya lagi.
Terdahulu, Fizi dan Shakilla telah menerima kata-kata kesat daripada pengikut selepas membawa Ameena Sofia ke Bangkok, Thailand.
BACA: "Ada Juga Yang Bodohkan Aku Kat DM Sebab .." - Didakwa Tidak Peka Dengan Anak, Shakilla Khoriri Tampil Pertahankan Diri
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 14 March lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live