Mengulas lagi mengenai filem itu, pelakon berusia 27 tahun itu juga berpendapat bahawa perihal kutipan di pawagam adalah di luar kawalannya.
"Dari segi kutipan filem di pawagam, kita tidak pernah akan tahu hasilnya. Contohnya, kalau kita buat formula seperti ini apa hasilnya dan kalau buat pemasaran sedemikian apa pula hasilnya kerana banyak benda yang kita buat membabitkan media sosial.
"Sebenarnya, susah untuk menjangka dari segi kutipan di pawagam kerana kadang-kadang mungkin kurang kesedaran mengenai filem itu dan mungkin dari segi pengiklanan," katanya.
Bagaimanapun, Hun yakin bahawa filem Soloz yang ditayangkan di pawagam pada 23 Januari lalu tetap memenuhi jangkaan dan mendapat sambutan positif daripada penonton.
"Insya-Allah, kita masih boleh perbaiki lagi karya animasi pada masa akan datang. Kali ini, kita mengambil risiko untuk hasilkan filem yang luar dari kebiasaan seperti genre seram, komedi dan aksi.
"Apa yang penting, kita sangat bangga untuk tonjolkan filem ini kepada penonton tempatan mahupun di luar negara di mana kita mampu menjayakan cerita animasi sedemikian," katanya.
Sekadar info, Soloz: Game Of Life mengisahkan perjalanan hidup dan cabaran yang dihadapi Soloz sebelum bergelar ikon e-Sukan negara.
Diarahkan oleh Syafiq Yusof, filem ini turut dibintangi oleh pelakon berbakat seperti Hun Haqeem, Noki K-Clique, Syafie Naswip, Hafeez Mikail, dan ramai lagi.
Pelakon Hun Haqeem enggan memberi sebarang komen mengenai kutipan filem Soloz: Game Of Life yang didakwa sambutannya tidak sehebat filem Shafiq Yusof yang lain.
Kata Hun, sebagai pelakon dia sudah melunaskan tanggungjawabnya sehabis baik untuk menyampaikan mesej daripada karakter tersebut.
“Sebab itu saya tak nak komen soal kutipan filem Soloz di pawagam. Sebagai pelakon, apa yang saya harapkan siapa yang tonton filem Soloz akan terkesan dengan cerita itu.
"Kita mahu cerita itu jadi inspirasi kepada mereka yang menontonnya. Kalau orang rasa filem Soloz menjadi inspirasi buat mereka, ia satu kejayaan buat saya.
"Selebihnya, kita berserah kepada Allah kerana kita sudah cuba yang terbaik untuk filem itu," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran single Bazar Malam Raya penyanyi Ara Johari dan penampilan Trio Latah di Bizmilla, Putrajaya.