HIBURAN
“Sudah Cukup, Saya Tiada Kena Mengena” - Kak Ojie
Usahawan dan personality media sosial, Rozeeta Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Kak Ojie, meminta netizen menghentikan tindakan menandai (tag) dirinya dalam hantaran di media sosial yang mendakwa wajahnya mirip individu tertentu.
Menerusi satu video, Kak Ojie memaklumkan dia terpaksa menutup fungsi tanda di TikTok susulan perkara itu semakin tular di pelbagai platform.
“Video ini cuma nak beritahu korang, sudah-sudah lah tu guys sikit-sikit je.
“Aku sampai terpaksa tutup tagged options di TikTok lepastu semua benda tu merebak ke media sosial yang lain.
“Sudah. Cukup saya tiada kena mengena. Tolong,” ujarnya.
Tinjauan di media sosial mendapati, beberapa pengguna sebelum ini meninggalkan komen mengatakan wajah Kak Ojie seiras dengan ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk:
“Sumpah aku tengok mak Anna Jobling tu aku ingat Kak Ojie, aku dah cam apahal akak ni masuk berita pulak ni.
“Aku takleh laa mak Anna Jobling ni muka dia macam Kak Ojie nasi lemak tu.
“Ya weh, baru terfikir Kak Ojie juga. Patut la familiar.
“Serius aku ingat Kak Ojie. So dalam kepala masa tengok story fikir apa kes Kak Ojie nasi lemak dengan Anna Jobling.
Susulan itu, Kak Ojie yang popular dengan perniagaan nasi lemak berkata, dia berharap netizen dapat menghentikan perbandingan tersebut bagi mengelakkan salah faham.
Must-Watch Video