Hiburan

"Sudah Dua Minggu Saya Mengambil Suplemen Tambahan Untuk Membantu Mengeluarkan Susu Badan .." - Sazzy Falak

gempak
Zulaikha Yusof
19/03/2020
08:38 MYT
Sponsor Banner
"Sudah Dua Minggu Saya Mengambil Suplemen Tambahan Untuk Membantu Mengeluarkan Susu Badan .." - Sazzy Falak
Pelakon dan pengacara Sazzy Falak mendedahkan telah membuat keputusan untuk menyusukan anak angkat lelakinya, Idris.
Jelas Sazzy, keputusan itu dibuat kerana ia memberi manfaat kesihatan terhadap anak itu di samping dapat merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.
"Beberapa minggu lalu saya ada mengunjungi Pusat Perubatan Pusrawi Kuala Lumpur bagi memulakan penyusuan badan untuk Idris.
"Sebaik saya memutuskan untuk memilikinya, saya mahu menyusukannya. Saya suka idea itu sebab boleh memberi manfaat kesihatan melalui susu ibu sambil itu merapatkan ikatan kami dan mahram," tulisnya di Instagram (IG).
My little Shebobot. A couple of weeks ago I made a visit to Pusrawi Kuala Lumpur to start my breastfeeding journey for Idris. Right from the time I decided to have him I knew I wanted to breastfeed him. I love the idea of being able to give him the nutritional benefits of breast milk while enhancing our bond, and mahram. It’s been over two weeks of me taking birth control pills and high dosage of domperidone, to help induce lactation. No results yet but I’m staying positive. I’d like to personally thank the team at Pusrawi for being so amazing and extremely supportive . I don’t know if I’ll do two years of BF like how I did for my twin girls. It may be because they’re twins but I remember it being a lot of work. I’m very proud that I did tho and I wouldn’t change that for the world. Now to just focus on giving this lil guy what he deserves. Wish me luck!
A post shared by Sazzy Falak (@sazzyfalak) on
Dalam pada itu, isteri kepada aktor dan ahli perniagaan, Nazril Idrus menyatakan sudah dua minggu dia mengambil suplemen tambahan untuk menghasilkan susu.
Walaupun belum berjaya, Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak tidak berputus asa dan akan terus memberikan tumpuan kepada Idris.
"Sudah dua minggu saya mengambil suplemen tambahan untuk membantu mengeluarkan susu badan. Belum ada hasil tetapi saya tetap positif.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan di Pusrawi kerana sangat luar biasa dan memberikan sokongan.
"Saya tak tahu kalau akan menyusukan selama dua tahun seperti saya buat dekat anak kembar dulu. Ia mungkin kerana mereka kembar tapi saya masih ingat memang banyak kerja.
"Saya bangga sebab dapat buat. Sekarang ini hanya nak beri tumpuan apa yang patut kepada anak kecil ini. Doakan saya berjaya," tulisnya lagi.
Terdahulu, Sazzy mengumumkan telah mengambil seorang anak angkat lelaki selepas beberapa bulan berbincang dengan Nazril dan dua anak perempuannya, Imaan Lily dan Tiara Rose di media sosialnya.
BACA: "Say Hello To Idris" - 14 Tahun Berkahwin, Sazzy Falak Ambil Anak Angkat Lelaki
Sazzy dan Nazril telah mendirikan rumah tangga pada 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata kembar yang berusia 9 tahun.
Saksikan karya lakonan Sazzy Falak yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024