Kesungguhan rakyat Malaysia dalam melawan penularan wabak COVID-19 seharusnya dipuji. Sepanjang berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti setiap daripada kita berdepan cabaran sukar dan salah satunya adalah ekonomi terjejas.

Sebagai rakan #kitajagakita, Petron amat berbesar hati untuk menghulurkan bantuan bagi membantu mereka yang terjejas sepanjang penularan wabak berbahaya ini.

Siapa sangka dengan mengisi tangki minyak kenderaan setiap hari dapat membantu meringankan beban harian anda.

Dalam usaha menghargai setiap sokongan rakyat Malaysia, Petron menawarkan kempen ‘Jom Bantu’ untuk mereka yang terjejas dan memerlukan.

Menurut Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy, ini adalah salah satu cara pihak mereka menunjukkan rasa prihatin kepada mereka yang memerlukan bantuan.

“Pandemik Covid-19 ini telah memberi kesan kepada kita semua dalam pelbagai bentuk. ‘Jom Bantu’ merupakan cara kami untuk menunjukkan bahawa kami prihatin. Ini juga merupakan peluang untuk kami untuk mengucapkan kasih dan memberi penghargaan kepada pelanggan kami atas kepercayaan dan sokongan mereka. Kami menawarkan nilai yang terbaik kepada pelanggan melalui kad Petron Miles. Dengan menggunakan kad Petron Miles, mereka berpeluang untuk memenangi banyak ganjaran yang menarik selain mengumpul mata PMiles,” ujarnya.



Kempen yang sudah berlangsung sejak 1 Julai ini menawarkan hadiah berjumlah RM240,000 yang terdiri daripada wang tunai, baucar barangan runcit dan mata ganjaran Petron Miles.

Terbuka untuk semua ahli Petron Miles, pelanggan perlu menggunakan kad Petron Miles ketika mengisi minyak sebanyak RM50 dan mereka akan mendapat penyertaan secara automatik.

30 pelanggan Petron berpeluang untuk memenangi hadiah utama dan membawa pulang RM2,000 wang tunai, baucar barangan runcit bernilai RM2,000 dan mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000.



Manakala, 300 lagi ahli Petron Miles pula berpeluang untuk memenangi hadiah sagu hati berupa mata ganjaran Petron Miles bernilai sehingga RM300.

Pastikan anda mendaftar kad Petron Miles dengan alamat penuh dan nombor telefon untuk membolehkan anda layak menyertai peraduan ini.



Pemenang akan dipilih setiap bulan dari lima Kawasan iaitu Lembah Klang, Selatan, Utara, Pantai Timur, dan Malaysia Timur dalam masa tiga bulan.

Semua pemenang akan diumumkan setiap bulan melalui laman sosial media Petron Malaysia. Manakala untuk pemenang hadiah sagu hati, anda boleh layari link ini untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/PetronMalaysia/posts/1617764081739486.

Sepanjang tempoh peraduan berlangsung, ada beberapa pemenang yang cukup teruja dan berkongsi kegembiraan apabila nama mereka terpilih.

"Petron Menaikkan Aura Kereta Saya dengan Memacu ke Hadapan dengan Lebih Lancar dan Yakin... Fuel Happy With Petron!” kata Khalid Zahrom.

Menurut Lim Chai Chin, dia gembira apabila namanya dipilih sebagai pemenang dan akan terus mengisi minyak keretanya di Petron.

Bagi Jumadi Kasioh, Petron merupakan pilihan pertamanya untuk mengisi minyak kereta.

Peraduan akan tamat pada 30 September ini. Cepat! Rebut peluang ganjaran hebat daripada Petron menerusi kempen ‘Jom Bantu’.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraduan Jom Bantu Petron dan cara untuk menyertai, sila layari pautan www.petronmiles.com.my dan laman sosial media Petron.