Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sudah Lah Sporty, Luas Pula Tu Sampai 7 Seater! Ini Sebab Mengapa Xpander Pilihan Terbaik Keluarga Anda!

Hanafis Haris
28/12/2020 12:25 MYT
Lama rasanya tak bercuti kan? Apatah lagi kalau bercuti satu keluarga, tambahan pula sekarang sudah dibenarkan ke sana sini.

Namun, masalah yang selalu berlaku buat mereka yang berkeluarga adalah jumlah tempat duduk yang terhad.

Silap langkah, terpaksa sewa satu lagi kereta!

Oleh kerana itu, sudah tiba masanya untuk anda memilih kenderaan yang lebih besar, pada masa sama mengekalkan ciri sporty dan modern.

Ye lah, siapa mahu kenderaan besar kelihatan sepeti van bukan?

Jangan tak tahu, Mitsubishi telah pun melancarkan model crossover tujuh tempat duduk Mitsubishi Xpander. Hebat sampai tujuh tempat duduk!

Lebih teruja lagi apabila penyanyi pasangan popular Akim dan Stacy turut berkolaborasi dengan Mitsubishi untuk model ini.

Kalau Akim dan Stacy bergabung, pastilah lebih gempak. Ye lah mereka pun sudah berkeluarga, pastinya kenderaan seperti Xpander jadi pilihan untuk bercuti!

Tapi, apa sebenarnya kelebihan dan ciri khas yang ada pada Xpander? Ini antara perkara wajib anda perlu tahu!

1 Stail yang Xciting!

Selain reka bentuk hadapan yang ‘garang’, bahagian ini juga didatangkan dengan gril hadapan Dynamic Sheild atau 'Perisai Dinamik'.

Rekaan ini adalah ciri signatur utama model baru keluaran Mitsubishi yang memberi anda lebih berkeyakinan dan berasa selamat.

Selain itu, anda pasti kagum dengan lampu posisi yang menggunakan LED jenis kristal.

Lampu belakang dengan pencahayaan bentuk L daripada LED juga menambah baik penglihatan pemandu lain.

Begtu juga LED Headlamps yang memberi cahaya yang lebih lebar.

Tidak dilupakan adalah ‘dual tone’ rim aloi bersaiz 16 inci yang membuatkan Xpander anda super sporty!

2 Keselesaan Yang Xceptional!

Selain rekaan yang menawan, keselesaan juga amat penting sebelum memilih sebuah kenderaan baru.

Namun, janganlah risau kerana Xpander memang pakar dalam memberi anda keselesaan maksima.

Tempat duduk yang diletakkan di dalam Xpander ini menggunakan jenis leather yang premium, sekali gus memberikan anda keselesaan sepanjang duduk atau baring di situ.

Jangan tak tahu, Xpander dilengkapi dengan empat kelajuan kipas pada bahagian belakang.

Oleh itu, buat mereka yang duduk di belakang jangan risau kerana kelajuan penghawa dingin boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.

Selain itu, terdapat 9 multimedia untuk memudahkan anda menggunakan aplikasi kegemaran termasuk Waze dan Spotify.

Dengan skrin sentuh, anda boleh menyambungkannya menggunakan Apple Carplay dan Android Auto.

Buat pemandu pula, stering yang anda pada Xpander ini boleh diselaraskan mengikut ketinggian atau keselesaan anda memandu.

Ini penting untuk postur badan anda ya.

3 Ruang Yang Xtraordinary!


Bila kenderaan dihasilkan untuk ramai penumpang, ruang compartment juga harus besar dan banyak.

Xpander ternyata cemerlang apabila menyentuh soal compartment.

Bahagian glove box yang terletak di sebelah pemandu saja dibahagikan kepada dua, sekali gus memudahkan anda meletakkan barang di hadapan secara tersusun.

Di hadapan juga terdapat slot untuk menyimpan telefon pintar atau alat elektronik yang memerlukan pengecasan USB.

Bahagian tengah pula ada ruang kotak tersembunyi yang boleh dibuka dengan kaedah sliding.

Sesuai untuk barangan berharga, malah ia juga mempunyai soket 12V untuk mengecas peranti.

Untuk ruang penumpang di barisan kedua pula ada poket untuk anda simpan alatan yang tidak terlalu tebal seperti tablet, buku atau kaca mata.

Barisan kedua ini juga mempunyai poket sisi dan pemegang botol. Jadi tidak mudahlah air untuk tumpah dengan compartment ini.

Selain itu, paling penting anda yang perlu tahu adalah penyelarasan tempat duduk belakang yang boleh dijadikan tempat simpanan lebih luas.

Simpan lebih banyak barang dengan penyelarasan ruang belakang.

Tiada masalah untuk bercuti lama atau balik kampung dengan barangan yang banyak.

Prestasi Mengagumkan!

Xpander ini bukan hanya sempurna dalam tiga aspek ini, ia juga tidak melupakan prestasi anda memandu.

Xpander dijana dengan enjin 1.5 liter MIVEC yang tahan lama dan mampu menghasilkan kuasa 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm dan transmisi automatik empat kelajuan.

Jenis enjin ini menjanjikan kuasa ketika memandu dan pada masa sama sangat efisyen terutama pengunaan minyak yang rendah selain mampu mengurangkan bunyi bising.

Sistem keselamatan juga dilengkapi dengan dua beg keselamatan SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Tenaga Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Sistem Bantuan Brek (BA), Bantu Permulaan Bukit (HSA).



Tidak cukup dengan itu, ketinggian ‘high ground’ setinggi 205mm juga membolehkan Xpander melalui jalan yang sukar mahupun ketika banjir kilat. Sangat tahan lasak!

Melihat ciri khas yang terbina pada Xpander ini, pastinya anda boleh lihat ia direka bukan hanya untuk pengunaan keluarga sahaja, namun ia juga mampu menangkis halangan-halangan yang tidak diduga, selaras dengan tagline Live Beyond Limits.

Model ini hanya didatangkan dengan satu varian serta empat pilihan warna iaitu Kelabu Titanium Metalik, Hitam Berlian, Putih Quartz dan Merah Metalik.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan terus Xpander di show room berdekatan di sini atau terus ke laman web dan laman Facebook Mitsubishi.

Anda juga boleh menonton Kembara The Series di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan Xpander.



#Family #Mitsubishi #Xpander
;